Hari ini, saya telah membeli senaskhah akhbar yang bernama Utusan Malaysia disebabkan oleh tajuk mukasurat depan yang telah menarik perhatian saya.
Setelah membaca beberapa mukasurat artikel, ingin saya menyatakan bahawa saya sebagai seorang warganegara Malaysia amatlah kecewa dengan sentimen perkauman yang telah dimainkan secara terbuka dalam akhbar tersebut.
Mengapakah isu perkauman harus dipermainkan sekali lagi?
Tidak cukupkah jurang yang telah wujud antara kaum yang berlainan selepas pilihan raya yang baru sahaja lalu ini?
Penyataan seperti Cina mahu "menumbangkan kerajaan Barisan Nasional" dan "menguburkan UMNO melalui kejayaan pembangkang" sememangnya tidak wajar dan merupakan propaganda yang bertujuan untuk menyalakan api perkauman.
Inilah masa untuk memperbaiki hubungan antara satu sama lain dan bukannya untuk mempebesarkan isu perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia.
Bukankah penyataan seperti "Cina rasis apabila terang-terang sokong DAP'' boleh disamakan dengan Melayu rasis kerana menyokong UMNO?
Saya percaya bahawa sama ada kamu memilih untuk mengundi BN atau PKR merupakan hak peribadi anda.
Perkara yang menyebabkan kekecewaan saya bukan kerana soal kaum Cina dipertikaikan tetapi kerana isu PERKAUMAN digunakan sebagai senjata untuk brainwash pembaca akhbar tersebut.
Kita seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 dan bersatu padu demi masa depan negara.
Honestly, we have a lot of important work to do post-elections. If we choose to buy into all these "flames" being played by these papers or even the media then we have already succumbed to their plots and purposes.
It is normal to feel upset when reading this. Likewise for the Malays, if you see words like "Apa lagi Melayu mahu?", how would you feel? It is perfectly understandable to feel disgust or even anger.
However, I urge all Malaysians to be wise. I believe we all know how to differentiate truth from lies.
We cannot and must not buy into all these atrocities and especially during crucial times like this, we must stand united. In fact, I choose to believe we are more united than we think we are.And because we are wise enough,we ought to also ponder if we should be buying papers that not only condones but also blatantly promotes racial disunity?
Sekian sahaja,
Anak Malaysia
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment