KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang ramai supaya berhenti menghantar, berkongsi dan memaparkan mesej dan komen berunsur kebencian menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara `online’ dengan serta-merta.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, semua pihak perlu peka dan lebih sensitif sewaktu berkomunikasi secara `online’.
“Fikirkanlah akibat dan perasaan sahabat-sahabat kita sebelum meletakkan sebarang komen atau pendapat di dalam media sosial. Seboleh-bolehnya elak berkomunikasi secara `online’ ketika emosi tidak tenteram. Bertenanglah dahulu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohamed Sharil berkata, negara ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat dan mereka yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan memerlukan penjelasan perlu disalurkan kepada pihak yang berkenaan mengikut lunas yang sah.
Justeru, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak mudah terbawa-bawa dengan isu panas dan emosi yang boleh menganggu-gugat keharmonian negara.
Jelas beliau, dalam dunia siber tidak semua maklumat ataupun paparan adalah benar kerana penghantar sesuatu maklumat juga mampu melakukan penyamaran atau penipuan identiti.
Sehubungan itu adalah penting untuk semua rakyat memanfaatkan kebijaksanaan mereka untuk memeriksa terlebih dahulu kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
SKMM diminta tidak lagi menggunakan peruntukan dari wang pembayar cukai untuk perbelanjaan kempen untuk parti pemerintah. Ini sangat tak bertanggungjawab......
May 8, 2013 at 6:11 AM
Post a Comment