KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL : AYUH NYATAKAN BANTAHAN , NYALAKAN LAMPU KENDERAAN TANDA PROTES.
Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang pada 5 Mei lalu. Lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh En Abdul Wahab Mohamed, Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.
Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari sebelum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.
Tindakan SPR ini seolah membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara
SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.
Rakyat mahukan penjelasan lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang ?
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan.
Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.
Sekian, wassalam.
Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.
Bertarikh : 06 Mei 2013
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 6 comments... read them below or add one }
ni lah orang melayu kita...negara dah nak kucar kacir pun masih sibuk pasal dakwat kekal..x payahlah nak kecoh pasal dakwat kekal ni...nak kekal sampai bila tu??kalau kata spr x telus kenapa masih ada lagi org yang mengatakan dakwat tu masih lagi ada dijari?? sebenarnya banyak faktor boleh menyebabkan dakwat tu cepat hilang...saya sekeluarga (4 org) pergi mengundi..pergi waktu yang sama dan balik sama2..perjalanan x jauh pun hanya beberapa km..kekalan dakwat pada jari tu mmg berbeza.apa yang saya lihat jika kita terus membasuh jari dakwat tu mmg akan hilang sbb dakwat belum menyerap lama,jika kita biarkan dakwat itu dlm jangka masa yg lama kita basuh kesan dakwat masih ada lagi(warna pudar)dan masih kekal di celah kuku.jika jari kita berminyak atau kita menyapu sesuatu pun boleh menyebabkan dakwat x kekal di sbb kan dakwat ssh nak menyerap ke kulit.jika kita kerap membasuh tangan atau mencuci pinggan pun kesannya cepat hilang..x yah lah nak pikir2 pasal dakwatni skang pikirlah pulak mcm mana kita nak bersatu...jadilah org melayu yang sayangkan bangsa sendiri x kisahlah dgn fahaman politik diorang ikuti, biar bangsa lain hormat pada orang melayu dan islam..jgn jadikan bangsa kita sendiri pecah belah..patut itu yang kna pikir bkn nak sibuk pasal dakwat...klau rasa nak dakwat tu kekal celup je jari dlm dakwat x yah sapu2 dah..
May 6, 2013 at 5:45 PM
Cuba lihat dari sudut lain - tidak berkenaan dengan menyokong mana2 parti politik.
1) Berapa banyak dana yang digunakan untuk membuat kajian berkenaan dakwat kekal ini.RM 5 juta bukan nilai yang sedikit, jadi outcome haruslah selari dengan objektif.
2) Apakah definisi KEKAL merujuk kepada dakwat ini.
3) Siapakah yang bertanggungjawab membekal dakwat ini. Ia umpama membeli beg berjenama dengan harga ribuan ringgit tapi sebenarnya beg itu hanyalah beg tiruan yang boleh dibeli di pasar malam dengan harga RM10.
May 6, 2013 at 7:05 PM
Melayu perlu bersatu sebagai bangsa Malaysia. Sedarlah, zaman Rasulullah saw dahulupun tiada perjuangan bangsa dan semua rakyat di kerajaan baginda diberi hak sama rata (kecuali cukai utk org bukan Islam). Rasulullah saw sendiri langsung tidak memperjuangkan bangsa Arab. Jadi mengapa kita bermati-matian memperjuangkan Melayu? Perjuangan Islam itu lebih suci dan berlandaskan syarak. Bukalah mata wahai Melayu Islam. Hidup Malaysia
May 6, 2013 at 7:26 PM
jangan terpedaya lagi dengan taktik Cina DAP..dah gagal nak rampas kuasa buat cerita macam-macam pulak... isu dakwat la..pengundi hantu la..
mereka sedang berusaha berhabis-habisan untuk menjajah kita orang-orang MELAYU! SEDARLAH & Bangkitlah bangsaku MELAYU! Bersatulah bersama UMNO! Mantapkan ekonomi Melayu.. Sokong bisnes Muslim saja! Kasi ajar sama depa!
May 6, 2013 at 7:35 PM
'melayu menang sorak tapi kampung tergadai'. Bangsa lain dah mengejar keuntungan di hadapan tapi melayu bertegang urat hal dibelakang
May 6, 2013 at 9:04 PM
ya,,setuju,,,anak Mahathir kaya,,syed Bukhari kaya dipertikaikan,,,org lain kaya macam mana,,,,,,tapi Melayu sendiri yg cari pasai,,,
May 7, 2013 at 1:43 AM
Post a Comment