ONEXOX
BannerFans.com

Metallica vs Avril Lavigne: Lagu Raya Siapa Lebih Hebat?

on Saturday, August 3, 2013

Lenguh rahang Murai Batu sebab tergelak besar apabila melihat parodi kreatif nyanyian lagu raya oleh dua bintang antarabangsa, Metallica dan Avril Lavigne di Youtube baru-baru ini.

Bukannya apa, kebetulan rata-rata peminat rock sekarang tengah demam 'Metallica' kerana kumpulan rock gergasi dunia itu bakal turun ke Malaysia 21 Ogos ini. Kalau diikut kiraanya secara hisab, itu adalah sambutan hari raya ke 13. Memang tengah mood rayalah Metallica datang Malaysia waktu itu.



Menerusi video di laman Youtube tersebut, Murai Batu dan rakan-rakan pejabat gelak habis apabila melihat sebuah video persembahan Avril Lavigne telah diubahsuai dengan memasukkan lagu Pulang Di Hari Raya nyanyian asal Noorkumalasari. Menariknya, lirik lagu tersebut telah dipadankan selari dengan gerak mulut Avril Lavigne sehinggakan ianya kelihatan Avril Lavigne benar-benar sedang menyanyikan lagu tersebut.





Teknik yang sama juga digunakan terhadap video persembahan Metallica yang mana telah dipadankan dengan lagu Musafir Di Aidilfitri nyanyian asal S.Jibeng. Malah, gerak badan 3 pemuzik Metallica iaitu Kirk Hammett, James Hetfield dan Robert Trujillo menunjukan mereka bertiga seolah-olah sedang benar-benar memetik gitar untuk lagi sedih tersebut.

Murai Batu tabik spring pada individu-individu kreatif yang telah mengedit dan memuatnaik video sebegini. Memang layan dan ketawa habis kami semua dibuatnya. Terhibur hati Murai Batu di petang-petang bulan puasa ini.

Kedua-dua video tersebut boleh anda tonton di bawah. Murai Batu tidak pasti siapa tuan sebenar pemilik video ini, namun karya mereka memang boleh dibanggakan.

MuraiBatu: Tak sabar nak pulang ke desa, bertemu sanak saudara, mengadap wajah yang tercinta, menjelang lebaran yang mulia.

Avril Lavigne - Pulang Di Hari Raya






Metallica - Musafir Di Aidilfitri



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved