ONEXOX
BannerFans.com

Pentingkan ranking! - Koba Ghombau Most Wanted, KJ

on Saturday, August 3, 2013

Seremban: Peringatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengutamakan kedudukan ranking serta lebih kerap mengadakan perlawanan antarabangsa berstatus A tidak bermakna skuad kebangsaan dilarang terus daripada mengadakan perlawanan menentang pasukan bertaraf kelab.

Sebaliknya, pasukan kebangsaan boleh pada bila-bila masa bermain dengan pasukan berstatus kelab tetapi perlu memastikan ia adalah kelab terbaik kerana aksi sebegitu pasti mampu meningkatkan prestasi pasukan.



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, FAM perlu memberikan keutamaan terhadap perlawanan antara negara kerana ia penanda aras sebenar kekuatan pasukan.





“Selain itu, kita perlu tahu ia juga boleh membantu menaikkan ranking pasukan negara.

“Tetapi kalau buat keputusan langsung tak boleh main dengan kelab, ini kena buat penjelasan sikit sebab kita juga harus bagi peluang kepada pasukan kebangsaan bermain dengan kelab tetapi perlu memilih kelab yang berkualiti tinggi, bukannya amatur.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved