ONEXOX
BannerFans.com

Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank

on Wednesday, April 9, 2014

Berikut adalah perkongsian mengenai tempoh masa lulus pinjaman atau loan kereta menerusi bank. Maklumat ini adalah sangat berguna bagi mereka yang akan memiliki kereta buat pertama kali. Apabila anda sudah menyerahkan dokumen kepada salesman, ini bermakna bahawa anda telah setuju dengan proses pembelian kereta. Pihak salesman pula akan menghantar semua dokumen tersebut kepada pihak bank untuk urusan pinjaman kereta.



Syarat Lulus Loan


  • Nama tidak senarai hitam/ Muflis
  • Mempunyai slip gaji atau bukti pendapatan bulanan
  • Bagi tidak mempunyai slip gaji, wajib mempunyai guarantor (Penjamin)
  • Ansuran kereta mestikan 1/3 dari gaji bersih anda


Contoh Pengiraan Lulus Loan Kereta

Bulanan Kereta: RM600

RM600 X 3: RM1800

Maka gaji bersih anda mestilah sekurangnya RM1800 untuk memiliki kereta yang ansuran bulana RM600

Tempoh Lulus Pinjaman Loan Kereta Menerusi Bank


  • Setelah salesman menghantar dokumen lengkap, pihak bank akan menjalankan temuduga menerusi telefon. Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut.
  • Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja. Pihak bank kebiasaanya akan menghubungi pihak salesman untuk keputusan loan.
  • Maksimum kelulusan loan juga boleh mengambil masa seminggu bergantung kepada bank yang anda mohon.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved