ONEXOX
BannerFans.com

Tok Mat tolak dicalon Timbalan Presiden FAM

on Wednesday, April 9, 2014

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau menolak dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan pucuk pimpinan FAM, 25 Mei depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) memberi alasan tidak mempunyai masa untuk bertugas di FAM.



"Saya tidak ada masa, saya sudah tolak apabila ditawarkan surat daripada FAM menyatakan saya dicalonkan oleh persatuan bola sepak yang lain. Jadi, sesiapa yang nak bertanding jawatan Presiden, mahu pun Timbalan Presiden dan Naib Presiden, pastikan mereka yang boleh bekerja dan menyumbang demi kemajuan sukan bola sepak negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta badan gabungan FAM supaya memilih mereka yang berkaliber dan dirasakan boleh membawa perubahan kepada sukan bola sepak negara serta boleh 'memandu' FAM ke tahap yang lebih tinggi lagi.





"Ini bukan bermakna untuk pilih orang baharu dan tukar orang lama....bukan itu. Orang lama pun ok, tapi dia mesti bekerja sebagai satu pasukan. PBNS akan menyokong siapa sahaja yang boleh membantu untuk menyumbang kepada kegemilangan bola sepak negara," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata PBNS akan menyingkirkan salah seorang daripada empat pemain import memandangkan prestasinya yang kurang memuaskan, tetapi beliau tidak menamakan pemain itu.

"Saya nak gantikan dengan pemain import yang baharu. Saya harap pemain import baharu ini boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi pasukan kita," katanya.

Empat pemain import yang kini beraksi dengan pasukan Negeri Sembilan ialah Josef Kaplan, Kim Jin Ryong, Jean Marc Alexendre dan Jean-Emmanuel Effa Owona.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved