Aksi Hazama dan Genervie Kam berpeluk dikritik peminat

on Wednesday, May 7, 2014

Umum mengetahui, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Hazama sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain muzik violin terkenal, Genervie Kam, seorang wanita berbangsa cina.

Seperti beberapa artis lain, pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama di luar negara di mana mereka memilih Boston, Amerika Syarikat sebagai tempat melancong.

Bagi tatapan peminat, Hazama telah memuatnaik beberapa keping gambarnya bercuti di sana dengan teman wanita menerusi laman Instagram semalam. Bagaimanapun, salah satu daripada gambar yang dikongsikan tidak disenangi peminat kerana memperlihatkan Hazama dan Genervie Kam berpeluk dengan begitu erat.

Ekoran itu, segelintir peminat melemparkan teguran dan kritikan secara terbuka kepada Hazama dan memintanya agar menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan.





Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved