Bismillahhirrahmanirrahim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kebebasan Bersuara Dalam Prinsip Demokrasi
Analogi dalam facebook saya dilihat menjadi sebuah isu peringkat nasional. Dikomentari oleh Dr Maza, Wan Azizah dan banyak lagi. Isu ini mula hangat apabila Mantan Mufti Perlis mengkritik dalam akhbar maya, Malaysia Insider dan kemudiaan tabloid Harakah pun menyiarkan kembali. Sebenarnya ada dua alanogi yang telah saya cipta khusus untuk para demonstran yang turun membantah kerajaan pada 1 Mei 2014 berkenaan cukai GST.
1) Muslimah tudung labuh yang kaki demonstari adalah setaraf dengan pelacur kelas atasan.
2) Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang gairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya.
Jika dicermati dalam pemahaman bahasa melayu kita, ternyata ia adalah sebuah perumpamaan atau tamsilan atau analogi, dan sama sekali tidak menyandarkan kepada muslimah tudung labuh sebagai para pelacur.
Sungguh hairan bagaimana ada pihak menyatakan bahawa saya menuduh para muslimah tersebut adalah pelacur hakiki lalu membuat tuduhan qazaf.
Saya akan terus mempertahankan kenyataan peribadi saya yang telah saya muat-naik dalam laman facebook saya. Ingin saya jelaskan bahawa kenyataan ini adalah kenyataan peribadi saya lantaran itu ia dimasukkan dalam facebook peribadi saya, bukan kenyataan rasmi Pertubuhan Ilmuaan Malaysia (iLMU).
Dan saya sama sekali tidak akan marahkan admin saya (jika ada) untuk kenyataan tersebut lantaran kenyataan tersebut benar adanya dan menepati kehendanya serta mencocoki gambarannya.
Keadaan yang membuatkan saya kehairanaan adalah tabiat pembangkang yang “plin-plan” serta tidak tetap pendirian dalam fatwa-fatwa mereka. Bukankah dahulu tabloid Harakah mempertahankan perbuatan SN Shahnon Ahmad menulis buku SHIT yang berbicara tentang tahi?
Ketika itu para ulama PAS menggunakan pelbagai dalil untuk menghalalkan perbuataan keji SN Shahnon. Lalu manakah hilangnya segala dalil yang telah mereka ciptakan untuk dua analogi yang saya cipta khusus untuk mereka?
Begitu juga para demonstran dihalalkan oleh para ulama Pembangkang atas alasan Demokrasi menghalalkan ekspresi perasaan dan kebebasan bersuara dan berpendapat. Justeru kenapa pendapat dan suara saya disekat?
Hal ini sungguh pelik; bagaimana dua keadaan yang serupa tetapi disikapi dengan dua wajah yang berbeza? Apakah ini sebuah sikap kemunafikan yang sedang diamalkan para ulama Pembangkang?
Menimbang Antara Tuduhan Kafir Dengan Kiasan Pelacur
Apa yang saya lakukan adalah membuat sebuah permisalan tentang pelacur dan pelanggan pelacur. Malah ada hadis yang berbicara tentang pelacur wanita yang kehausan memberi minum kepada anjing sehingga perbuatan tersebut menyebabkan dia dimasukan ke syurga dan segala dosa lacurnya diampuni oleh Tuhan.
Pelacur yang muslim akan masuk syurga juga, insyaaallah selagi mana dia tidak murtad dan berbuat syirik kepada Allah. Namun orang yang kafir, terutama setelah mendapat kebenaran (Islam) tidak akan mencium bau syurga malah kekal selamanya dalam neraka.
Namun PAS secara khususnya dan pembangkang secara umumnya telah menjatuhkan hukum kafir kepada pemimpin negara dan ahli UMNO sejak beredarnya Amanat Haji Hadi. Natijah dari sebuah pengkafiran memberi impak besar kepada masyarakat. Antaraanya adalah status perkahwinan, zuriat, perwarisan, sembelihan, hukum muamalat dan banyak lagi.
Ketika PAS mengkafirkan Tun Mahathir dan para pemimpin kerajaan dan ahli UMNO, lalu apa hukumnya memakan sembelihan yang telah mereka lakukan? Begitu juga apakah sah solat dibelakang para imam yang menjadi pendokong Kerajaan?
Untuk itu apakah tamsilan pelacur ini lebih besar dosanya, lebih parah masfadatnya dan lebih penting dibahas ketimbang kata-kata takfir daripada PAS?
Sungguh orang yang punya wawasan benar dan punya ilmu akan mengetahui bahawa pengkafiran daripada PAS adalah isu besar sehingga seluruh dosa sebesar alam buana ini tidak akan mampu menandingi dosa murtad dan syirik.
Allah telah nyatakan bahawa Dia bersedia untuk mengampuni segala dosa, termasuk dosa menggelar para wanita suci sebagai wanita jalang, namun Allah tidak akan ampunkan manusia yang murtad dan berbuat syirik. Malah Allah juga nyatakan bahawa slogan utama setiap para Rasul dan Nabi yang Dia utus ke bumi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk tauhid dan membasmi syirik.
Jadinya apa yang menyebabkan pembangkang merasakan bahawa tamsilan pelacur yang telah saya lemparkan itu sebagai isu nasional serta perkara besar sehingga Dewan Pemuda PAS menjemput saya untuk sesi dialog? Ini kerana pembangkang terlibat dalam demonstrai dan analogi saya telah terkena batang hidung sendiri.
Sekiranya kalian tidak dapat melihat bahawa isu takfir yang kalian dogmakan sebagai isu paling durjana yang paling besar berbanding isu tamsilan saya, maka nyata bahawa ilmu kalian kucar-kacir serta tolok ukur yang kalian gunakan mungkin miring.
Akal Budi Melayu Dan Analogi Dalam Berbahasa
Sesungguhnya apa yang saya lakukan adalah menciptakaan analogi yang mana analogi adalah sebuah alat bahasa dan budaya. Setiap bangsa di muka bumi ini telah terbiasa melakukan analogi. Juga dalam agama kita terdapat banyak analogi yang digunakan oleh Allah serta Rasulnya serta para sahabat baginda.
Peribahasa dan Perumpamaan adalah salah satu perbendaharaan Melayu yang wujud sejak dahulu dan diwarisi higga kini. Para leluhur kita telah mencipta banyak perumpamaan dan simpulan bahasa, sama ada objek yang digunakan adalah ‘positif’ mahupun ‘negatif’.
Antara perumpamaan yang telah dicipta adalah ‘Saudara Anjing’ dan simpulan bahasa ‘Terlepas anjing kurap, terpelok babi gemok’. Budayawan Melayu menerima perumpamaan ini dengan lapang dada serta tidak menganggap bahawa ia biadap. Malah perumpamaan dan simpulan bahasa tersebut dimasukkan dalam kamus oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk membolehkan seluruh manusia menggunakannya.
Satu hal yang perlu diberi perhatian bahawa bukan semua umat Melayu akan memahami falsafah dan kebudayaan Melayu. Sebagaimana bukan semua penutur bahasa ini akan benar-benar memahami bahasa mereka. Buktinya banyak pelajar Melayu yang gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu walaupun mimpi mereka di malam hari berlaku dalam bahasa Melayu! Munshi Abdullah juga telah menyakan bahawa banyak orang Melayu gagal untuk memahami bahasa ibunda mereka.
Justeru biadab atau kurang ajar dalam sebuah metafora atau tamsilan, ia bergantung kepada kefahaman kita terhadap akal budi bangsa, bukannya emosi kita dan fikiran dangkal kita. Hinggakan Buya Hamka, seorang ulama ulung awal kurun ini merangkap juga ahli budaya Melayu pernah mempuat perumpamaan kera dan babi.
Prof Hamka yang mengarang Tafsir Al Azhar dan juga Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck mengulas tentang orang malas sambil berkata: “Jika sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Jika bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja”.
Lalu apakah para ulama PAS dan pembangkang akan menempelak Budayawan Melayu Ulung ini sebagai kurang ajar dan jahil? Yang akan menetapkan Buya Hamka sebagai kurang ajar dan jahil hanyalah manusia jahil yang tidak tahu tentang budaya bangsa dan nihil ilmunya.
Tetapi nampaknya Dr Maza tidak kurang jahilnya dalam hal ini. Sebuah formulasi aneh telah dia ciptakan ketika mengomentari analogi saya. Dia seperti menetapkan bahawa para Budayawan Bangsa Melayu wajib menguasai Bahasa Arab untuk membolehkan sebuah peribahasa atau perumpaman di cipta.
Saya tidak pernah tahu wujudnya rumus ‘aneh’ ini dan sepanjang saya mempelajari ilmu Bahasa Melayu Aras Tinggi kepada Prof Emeretus Abdullah Hassan dan isterinya, tidaklah saya ketemu sebuah kenyataan yang diungkapkan oleh Dr Maza. Kuat saya bersangka bahawa Dr Maza ingin memasukkan dirinya sebagai Budayawan Melayu lantas menjadikan dirinya sebagai kayu ukur.
Dia mengambil major dalam Bahasa Dan Sastera Arab ketika di Jordan lalu menjadikan syarat sebagai Budayawan. Juga dia sering menulis puisi di laman webnya serta tidak segan silu menjadikan puisinya sebagai lirik yang didendangkan.
Namun sebenarnya, untuk memahami falsafah dan kebudayaan Melayu bukanlah melalui penguasaan dalam Bahasa dan Sastera Arab. Ini sebuah falasi yang nampaknya dihinggap dengan kuat oleh Mantan Mufti. Apakah Dr Maza ketahui di manakah inti falsafah dan kebudayaan Melayu, juga disitu tempat letaknya ibu bahasa dan pusat kecerdikan bangsa?
Tidak lain dan tidak bukan, semuanya terkumpul dalam Pantun, dimana pantun tidak pernah wujud dalam Budaya Arab. Justeru apa kolerasi memahami akal budi Melayu itu harus menguasai Bahasa dan Sastera Arab?
Kemudian apakah Mantan Mufti merasakan puisinya telah mencapai satu takat estetika yang tinggi, setaraf para pemuisi bangsa ini? Dengan rendah diri saya ingin membandingkan antara puisi-puisi Dr Maza dengan orang yang sebaya dengannya tetapi mati muda: Chairil Anwar. Ambillah mana-mana puisi dari mereka berdua lalu nilailah pada sisi diksi, emosi dan seni. Kelak kita akan mengetahui betapa tinggi langit dan bumi.
Hubungkait Antara Pelacur Dan Demonstran
Sebuah pertanyaan yang dilontarkan kepada saya berkaitan asas kepada tamsilan tersebut. Ingin saya jelaskan bahawa adalah salah untuk menggunakan kaedah ushul fiqh dalam cabang qiyas untuk ditekap kepada bidang bahasa. Ia ibarat menggunakaan sudu untuk menebang pokok.
Lalu analogi dalam bahasa boleh dipecahkan kepada dua jenis iaitu analogi akrab dan analogi ekstrim. Analogi akrab terhasil dengan membawakan contoh-contoh yang ada dipersekitaran sebuah bangsa, contohnya ‘hati tikus’ dimana tikus sering ditemui oleh manusia dan juga orang Melayu.
Analogi ekstrim pula adalah permisalan yang tidak mungkin berlaku dan bersifat berlebihan. Contohnya ‘gemok macam gajah’ walhal kita sedia maklum bahawa gajah itu terlalu gemok sehingga mustahil akan ada orang yang saiz badannya sama besar dengan gajah. Begitu juga pernah dikhabarkan Nabi memberi perumpamaan seperti meletakkan bulan dan bintang di tangan baginda dimana ia adalah sebuah perumpamaan yang sangat ekstrim.
Lalu dalam kebanyakan analogi bangsa Melayu, dilihat analogi bersifat ekstrim menguasai berbanding analogi akrab. Mungkin kerana fungsi analogi untuk memudahkan kefahaman dan juga meninggalkan kesan pengajaran yang mendalam.
Betapa banyak contoh yang berlebihan dicatit dalam teks sastera klasik Melayu, antara yang suka dibaca adalah Hikayat Pendawa Lima. Perhatikan bagaimana para sasterawan dan budayawan Melayu silam menyebut tentang kecantikan: mancung ibarat seludang, secerah bulan purnama dan bermacam lagi.
Justeru bagi meninggalkan kesan mendalam kepada para pelaku maksiat yang mencemarkan maruah Islam dan maruah keluarga ketika turun di jalanan sambil terpekik melalak dan berbaur antara lelaki dan perempuan, saya menggunakan perumpamaan pelacur kelas atasan.
Sebelum ini telah kita nyatakan bahawa akhlak berdemontrasi ini bukan akhlak Islam, melainkan akhlak Abu Jahal dan Kafir Quraysh. Tidak ada dalam sejarah umat Nabi Muhammad saw yang menjadikan demontrasi sebagai wasilah untuk kebaikan dan tatacara menasihati penguasa.
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa haram ke atas BERSIH sebelum ini. Malah ulama Ahlul Sunnah di peringkat dunia telah mengharamkan demontrasi. Syeikh Dr Sulaiman Saloomi selaku Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram ketika datang ke Malaysia telah mengeluarkan fatwa: “Jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa malah membawa kepada fitnah lain”.
Sehinggakan para ulama’ telah berfatwa tentang haramnya demontrasi walaupun di namakan “Tunjuk Rasa Aman’ kerana inti kepada demontrasi adalah kefasidan dan kemungkaran. Sedangkan Islam telah tunjukkan kaedah dan metode untuk menasihati para penguasa Negara.
Lalu jika kita beriman bahawa Islam merupakan ‘Way Of Life’ seperti slogan PAS zaman dahulu, maka ikutilah kaedah yang telah Islam gariskan kepada penganutnya lantaran demontrasi bukan kaedah Islami tetapi kaedah orang kafir sejak zaman bahari hingga kini.
Oleh yang demikian ketika para gadis, para ibu dan para isteri meinggaalkan rumah lalu bergabung dengan manusia lainnya di jalanan, mereka terpekik dan menjerit, mengangkat sepanduk dan berasak-asak serta berlaku ikhtilat antara jantina; bukankah semua ini telah mencemarkan maruah seorang gaadis dan wanita?
Walhal Nabi Muhammad saw diutus untuk memartabatkan wanita menjadi mulia; ditutup segala anggotanya seperti rantai permata yang diletak di atas kain baldu dan dikunci dalam kotak agar selamat. Diberikan hak dalam perkahwinan dan diiktiraf sebagai manusia, bukan haiwan atau barang dagangan hingga membatalkan sistem anak akan mewarisi segala isteri ayah setelah kewafatannya.
Lihat bagaimana para Ummul Mukminin dan para sahabiyah menjaga maruah mereka dalam hidup bermasyarakat. Sampaikan tandu yang dinaiki oleh Aisyah ra diusung oleh para sahabat walhal Ummul Mukminin ketika itu tidak ada berada di dalam tandu tersebut. Kerana apa? Kerana tandu tersebut tertutup hingga lelaki tidak mampu melihat apa yang adaa di dalamnya. Kemudian lihat pula bagaimana ketika Safwan bin Muattal Salmi menemukan Ummul Mukminin keseorangan setelah tandu beliau pergi di waktu subuh. Lihat bagaimana Ummul Mukminin berkata:
“Beliau telah melihat bentuk tubuh manusia yang sedang tidur dan apabila beliau telah dekat kepadaku dan melihatku, beliau telah mengenaliku lantaran beliau pernah melihat rupaku sebelum turunnya hukum hijab lagi. Ucapan istirja’nya telah menyedarkanku daripada tidur dan aku segera menutup wajahku dengan tudung. Demi Allah kami tidak bercakap sepatahpun dan tidaklah aku mendengar satu kalimatpun daripadanya melainkan ucapan istirja’ yang diucapkan tadi ” (Hadis Ifk, riwayat Muslim)
Contohkan bagaimana sahabat mulia ini membawa A’isyah sehingga sampai ke Madinah dengan menempatkan Ummul Mukminin di atas unta dan beliau berjalan di hadapan sambil menarik tali kekang unta tersebut. Jangan berhenti di situ sahaja, lihat pula bagaimana berangkatnya Ummul Mukminin ini di atas unta untuk mendamaikan dua jama’ah kaum muslimin yang sedang ingin berperang.
Apakah maruah para Ummul Mukminin sama dengan para muslimah yang keluar berdemonstrai? Wallahi, sungguh jauh antara keduanya; Ummul Mukminin menjaga maruahnya dan maruah suami serta maruah keluarga, sedangkan para muslimah yang berdemonstari telah menggadaikan maruah dirinya, maruah ayahnya dan maruah suaminya.
Lalu siapakah wanita yang menggadaikan maruahnya dengan sengaja? Itulah para pelacur, yang mana telah hilang martabat dan maruah mereka dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Para pelacur telah menggunakan jasad mereka bagi mendapatkan hasil serta menayangkan lenggok tubuh mereka kepada kaum lelaki.
Begitu pula para muslimah yang berdemonstari; telah hilang maruahnya dan mereka menjadikan jasad mereka sebagai sarana untuk mendapatkan hasil dalam berdemonstrasi. Hasil yang mereka dambakan bukan wang ringgit atau kekayaan harta benda, namun yang diharapkan adalah pemansuhan cukai GST atau penggulingan kerajaan. Juga terang lagi nyata bahawa mereka telah dilihat dengan mata kepala oleh para lelaki ajnabi, serta mendengar teriakan mereka walhal dalam mazhab Syafi’i, suara mereka adalah aurat.
Justeru apakah ada lagi perumpamaan yang pantas untuk disandarkan kepada para muslimah ini melainkan analogi kepada paraa pelacur yang telah melacurkan agama dan maruah keluarga. Sungguh mereka ini adalah para pelacur pada sisi figurative sebagaimana kaedah pendalilan Dr Maza dan pembangkang yang melarang sebuah teks difahami secara literal.
Namun sungguh ajaib kali ini Dr Maza memahami teks dan kalimat pelacur pada sisi leksikal. Apakah Dr Maza telah jadi literalis yang dia sesatkan dan hinakan sebelum ini? Atau dia memiliki kaedah ‘caca-merba’ dimana setiap kaedah itu boleh dipakai atau dibuang mengikut seleranya; terutama diterapkan kepada orang lain selain dirinya?
Hadis Yang Dijadikan Sandaran Analogi
Telah kita jelaskan bahawa demonstrasi buka solusi tetapi akhlak keji dan tidak Islami. Orang yang kuat perpegang kepada demontrasi adalah pengikut hawa nafsu dan dalil ‘jiran’ yang mereka ungkapkan adalah sebuah dalil di luar konteks serta digasak hingga seolah-olah menepati alasan syarak. Pantas untuk mereka ini dihinakan sebagaimana perlakuan para salaf as soleh yang telah digambarkan kepada kita melalui para ulama Ahlul Sunnah.
Amirul Mu’minin dalam hadis, Syu’bah berkata: “Sufyan At Tsauri membenci orang-orang yang mengikuti hawa nafsu dan melarang untuk duduk bersama mereka” (dikeluarkan oleh Nashr bin Ibrahim Al Maqdisi)
Jadinya para muslimah yang kuat berdemontrasi ini seperti pengikut hawa nafsu. Sehingga pengikut hawa nafsu ini memiliki martabat yang lebih hina dari kera dan babi. Abu Al Jauza’ menggambarkan darjat pengikut hawa nafsu hingga beliau berkata: “Aku lebih suka untuk bertetangga dengan kera dan babi berbanding dengan seseorang pengikut hawa nafsu” (dikeluarkan oleh Ibnu Bathah dan Al Laalika’i)
Itu antara sedikit sahaja cebisan sikap para salaf as soleh kita dalam menyikapi para pelaku bid’ah dan pengikut hawa nafsu. Mereka merendahkan nilai pelakunya, mencemuhnya dan melarang keras umat dari mengikutinya. Syeikh Bakar Abu Zaid berkata: “Kaum Salaf terdahulu Rahimahumullah mencari pahala dengan sikap meremehkan dan menghinakan mereka (pekalu bid’ah dan hawa nafsu) serta menolak bid’ah dan para pelakunya” (rujuk Hilyah Thali Al-Ilm)
Sungguh jauh beza antara seorang peminum arak akan tetap dikenal sebagai pemaksiat namun ketika maksiat tersebut disalut dengan jubah dan purdah mengakibatkan masyarakat menganggapnya bahagian dari agama dan sarana meraih keredhaan Allah serta sebuah perjuangan murni.
Lalu telah jelas perbezaan antara para wanita yang terkinja-kinja dalam sebuah konsert yang tidak akan ada seorang ilmuan pun akan menganggap bahawa keluarnya wanita tersebut dalam sebuah rangka mencapai mardathillah, jauh sekali menisbatkan kepada perjuangan yang dianjurkan oleh Islam.
Namun maksiat demontrasi telah dipakaikan semutar dan igal sehingga banyak masyarakat menyangka bahawa keluarnya para wanita menuju ke jalan raya raya adalah dalam rangka menegakkan agama. Persepsi yang dijadikan dogma ini tidak jauh bezanya seperti wanita-wanita berpurdah hitam yang menganut agama Rafidhah saat telah melakukan aktiviti perzinaan tatkala beriman bahawa nikah mut’ah adalah bahagian dari agama.
Lihat bagaimana ada fatwa dari ayatussyaitan mereka yang memberikan ganjaran pahala cukup kepada para suami yang mengizinkan isteri mereka berzina dengan lelaki lain. Sebaliknya jika isteri berzina tanpa pengetahuan suami maka pahala yang dijanjikan lebih besar dan itulah seutama-utama perbuatan.
Ini adalah contoh nyata bagaimana sebuah perbuatan keji dan mungkar diubah wataknya menjadi sebuah perjuangan murni oleh para pengikut hawa nafsu dengaan dalil-dalil yang tidak akurat. Begitu pula dengan demontrasi, diubah namanya dan diberikan omong kosong seolah-olah ia adalah perjuangan menegakkan Islam oleh para pengikut hawa nafsu.
Justeru pengikut hawa nafsu perlu direndahkan martabatnya dan dalam mana yang sama para muslimat yang keluar menjerit dan menunjuk rasa di jalanan telahpun mencemarkan maruah mereka sendiri.
Walhal Allah dan Rasulnya telah menetapkan bahawa para muslimah yang menjaga maruah adalah tempatnya di rumah. Terdapat banyak dalil yang menganjurkan para wanita yang mulia untuk tinggal di kediamannya, tidak berbaur antara lelaki dan wanita sewenang-wenang dan melindungi diri mereka dari dikenal oleh lelaki ajnabi.
Nabi juga telah memberikan gambaran kepada para wanita yang memakai minyak wangi sehingga dihidu oleh para lelaki ajnabi sebagai perbuatan zina. Dari Abu Musa bahawa dia berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Seorang perempuan yang memakai minyak wangi lalu melalui sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang telah dipakainya maka perempuan tersebut adalah pelacur” (HR An Nasai, Abu Dawud, At Tirmizi dan Ahmad, dinilai shahih oleh Al-Albani)
Lihat dengan pemahaman yang benar dan jiwa yang tengang. Bagaimana martabatnya seorang wanita yang hanya memakai minyak wangi agar para lelaki mencium bau harum telah digambarkan seumpama melakukan zina atau pelacur, lantas bagaimana pula sekiranya wanita tersebut melakukan ikhtilat serta berteriak dan menunjuk rasa di jalanan? Pastilah martabat mereka lebih rendah dan watak pelacur sangat bertepataan dengan mereka.
Apakah hadis di atas hanya layak dikalungkan kepada wanita berbikini yang memakai minyak wangi atau kepada semua muslimah hatta yang berpurdah tetapi memakai minyak wangi dengan harapan paraa lelaki menciuamnya? Jelas hadis ini mencakup seluruh wanita termasuk Muslimah PAS yang bertudung labuh. Jadi apakah Nabi telah melakukan qazaf kepada para perempuan yang memakai minyak wangi sehingga dicium oleh segerombolan lelaki? Apakah Nabi itu kurang ajar dan biadab?
Bagaimana pula wanita yang memakai minyak wangi untuk ke tempat yang mulia seperti masjid? Rasulullah saw bersabda: “Kalau para wanita hendak ke masjid maka janganlah memakai harum-haruman” (HR Muslim)
Juga Nabi bersabda: “Wanita itu adalah aurat, jika dia keluar rumah maka syaitan akan memimpinnya” (HR At Tirmizi juga dalam Shahihul Jami’ Ash Shagir). Sedangkan dalam riwayat At Tabrani ada tambahan iaitu “Dan sesungguhnya tempat paling mendekatkan dirinya dengan Allah sawt adalah di sudut rumahnya”.
Perhatikan wahai Muslimah PAS dan para wanita yang turun demonstrasi bahawa Allah telah memuliakan wanita ketika mereka berada di rumahnya. Allah berfirman: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka” (At Tolaqq : 1) tetapi nampaknya ada para pengikut hawa nafsu yang mencipta alaasan serta mengasak dalil bagi mengeluarkan wanita dari rumah mereka. Dan Allah mengingatkan para wanita “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu” (Al Ahzab: 33).
Lantaran itu orang yang menyatakan saya biadab dan kurang ajar, perlu menambahkan ilmunya pada sisi budaya kita dan juga pada hadis-hadis Nabi. Lihat bagaimana sahabat mencela pengikut hawa nafsu dengan ‘bahasa kasar’ atas petunjuk Rasulullah saw.
Daripada Ubai bin Ka’ab bahawa dia mendengar seorang lelaki berkata: “Hai keluarga si fulan!”. Lantas Ubai berkata kepada lelaki tersebut: “Gigitlah kemaluan bapamu!”. Ubai mencelanya terang-terangan tanpa menggunakan bahasa kiasan (sindiran). Lelaki tersebut berkata kepadanya: “Wahai Abul Munzir (kun-yah Ubai), engkau bukanlah orang yang gemar berkata keji”. Ubai berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa berbangga-bangga dengan slogan jahiliyah maka suruhlah dia menggigit kemaluan ayahnya dan tidak usah memakai bahasa kiasan terhadapnya” (HR Al Bukhari dalam Abadul Mufrad)
Tuntasnya saya menyandarkan analogi ini kepada sisi budaya kemudian saya memiliki hujjah yang sangat kuat berdasarkan hadis serta ia dipraktikan oleh para sahabat. Kalau hadis jiran boleh dicerna oleh akal kalian walaupun konteks nya melenceng lalu apakah akal kalian yang sama itu tidak mampu mencerap hadis tentang wanita yang memakai minyak wangi di atas?
Kebodohan Pembangkang Dalam Memahami Kiasan
Semoga akal para pembangkang yang telah menggunakan hadis jiran memahami bahawa para muslimah yang keluar demontrasi itu martabatnya lebih rendah dari pelacur mengikut konteks hadis di atas.
Agar akal milik pembangkang tidak terlalu jahil sehingga memahami analogi secara harfiyah. Ibarat ketika seseorang berkata: “Ini saudara anjing saya” lantas kalian menganggap bahawa lelaki tersebut memiliki saudara daripada seekor anjing! Atau ketika kalian mendengar seseorang berkata: “Engkau gemok macam gajah” lalu kalian mengangap bahawa oraang tersebut adalah seekor gajah.
Jika berlaku pemahaman seperti ini, maka ia adalah musibah kepada diri kalian. Justeru untuk tidak bebal seperti gambaran diatas, maka setiap ungkapan manusia perlu difahami secara menyeluruh. Dengannya kelak akan diketahui bahawa analogi yang saya lakukan tidak menetapkan secara hakiki bahawa para muslimah yang berdemonstrasi adalah pelacur.
Jadi pihak-pihak yang mengatakan wanita muslimah itu adalah para wanita bermaruah lalu tuduhan saya itu boleh jatuh pada perkaraa qazaf; merupakan perkiran orang jahil yang berlagak pandai. Lagipula apakah tulisan dalam facebook boleh diperkirakan sebagai saksi seandainya kamera besi yang merakam gambar zina ditolak mentah oleh ulama PAS?
Dalam satu hal pula, bagaimana pembangkang boleh melakukan takwilan ketika berhadapan dengan kiasan Mursyidul Am PAS yang berkata bahawa Tuhan Itu Samseng dan anologi seakan Penerima BRIM seperti haiwan. Dan apakah pendapat Dr Maza tentang kenyataan Nik Aziz ini? Apakah Dr Maza akan senyap ibarat Ifrit bisu dan dubuk pembangkang?
Analogi Dr Maza Kepada Ilmuan Malaysia
Sikap Dr Maza kepada pembangkang boleh diramal. Dia sangat lunak kepada pembangkang dan pendiriannya sangat condong kepada mereka. Lihat tabiat Dr Maza untuk berkata sesuatu tanpa kajian kepada pihak kerajaan. Contoh paling terbaru adalah isu jet peribadi. Begitu juga tentang isu MH370 dan kapal selam milik negara. Tetapi ketika Anwar membawakan hadis paslu dengan segala bukti tersedia, lalu Dr Maza hanya menyinggung hal ini secara berlapis diatas sebuah ‘ketidak-pastian’.
Inilah watak sebenar Dr Maza yang dianggap oleh pembangkang sebagai “non partisipan” walhal orang yang rapat dengannya memang mengetahui bahawa dia pro pembangkang. Mungkin ketika Dr Maza menjadi mufti adalah fasa dimana dia memihak kepada kerajaan namun setelah kontraknya tidak disambung, dia sangat condong kepada pihak pembangkang, walaupun dialah pencetus kepada kewujudan Sektretariat Ulama Muda UMNO.
Sungguhpun Sekretariat Ulama Muda UMNO dibawah UMNO dan kebanyakan ahlinya ketika itu adalah sahabat dan murid-murid Dr Maza namun selama hampir dua tahun, tidak ada apa-apa aktiviti yang mampu dijalankan melainkan mesyuarat.
Bagaimana ia mampu bergerak sedangkan hala-tuju dan pergerakan ahlinya banyak di’kawal’ oleh Dr Maza, serta bagaimana mungkin sahabat dan murid beliau akan berkerja walhal mereka ini semuanya condong kepada pembangkang. Akhirnya Sekretariat Ulama Muda UMNO ini dibubarkan oleh Dr Fathul Bari lalu menubuhkan Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) sebagai gantinya.
Dalam masa yang sama, Dr Maza ibarat ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus. Sebelum ini telah terkenal seantero Malaysia bahawa akhlak Maza adalah bejat dan dia merupakan seorang yang suka mengata. Masih ingatkan kisah pertelagahan beliau dengan Pengarah JAIS, Datuk Khusrin. Begitu juga pertembungan dia dengan beberapa tokoh lain seperti Dr Uthman El Muhammadi dan Dr Aziz Hanafi.
Kita juga tidak lupa bagaimana dia menyesatkan dan mengutuk Syeikh Muqbil al Wadi’I, seorang ulama ahlul sunnah ulung di Yaman dan Dr Rabi’ dari Saudi. Lebih lucu adalah Dr Maza pernah menggelar anjing dan syaitan bisu kepada para ulama’ yang mendokong kerajaan. Lalu hari ini Dr Maza yang bejat akhlaknya berbicara tentang analogi yang molek dan adab tatasusila!
Kesimpulan
Sesungguhnya analogi yang saya lakukan itu memiliki dasar pada sisi manhaj, kemudian didokong oleh dalil naqli serta petunjuk para sahabat. Juga perbuatan demonstrasi bukanlah akhlak Islami serta ia adalah maksiat disamping keluarnya kaum wanita telah mencemarkan maruah mereka dan maruah keluarga mereka.
Dalam akal budi melayu, terlalu banyak perumpamaan yang dilihat kasar dan kesat, namun para budayawan bangsa ini menerima apa adanya. Para pembangkang termasuk Dr Maza akhirnya menggunakan alasan akal budi Melayu iaitu ‘bahasa kesat’ sebagai tameng membantah analogi ini.
Mereka tidak akan mampu menjawab pada sisi dalil naqli tetapi meruntun kepada isu emosi semata-mata. Walhal dalam masa yang sama mereka adalah golongan manusia yang suka mencela dan mencaci kerajaan. Inilah salah satu keajaiban yang dimiliki oleh Dr Maza dan pembangkang secara umumnya.
Abu Amru Mohd Radzi Bin Othman
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 12 comments... read them below or add one }
Totally agreed
May 7, 2014 at 7:56 PM
yang saya tidak faham adakah salah disisi agama wanita2 yang berdemostrasi sehingga menjadi setaraf dengan pelacur...
atau sekadar salah kerana bias politik...
kalau anda setarafkan wanita muslim dengan pelacur dengan kaedah bias politik..
anda cuma salah seorang yang cuba menjatuhkan agama dari dalam...
dan orang yang menyokong anda adalah orang yang menyokong individu penjatuh islam...
turunlah dari kerusi anda kerana perbuatan anda hanya menghina agama islam bukan menagungkan islam...
May 7, 2014 at 8:33 PM
Mohd Radzi bercakap macam BABI... boleh?
May 7, 2014 at 9:02 PM
Umno selalu berpegang kepada ayat...Allah maha pengampun. Sebab tu mereka SENTIASA BERANI BUAT SALAH. Mengata...rasuah...menuduh...tak tutup aurat...bermaksiat...
Tp kalau sempat mintak ampun ok la... tp jalau keluat je sekejap lagi kena langgar lori...guane gamok.
May 7, 2014 at 9:17 PM
Dewan Pemuda PAS menjemput saudara untuk sesi dialog itu adalah jalan penyelesaian yg terbaik.
May 7, 2014 at 9:33 PM
abis puteri umno,wanita umno tu camne lak kedudukan mrk??pkai bj sendat-mendat,x bertudung pun rmai,tepuk tampar ngn laki dlm majlis,bergmbr rapat2,bersalam,peluk dgn bkn muhrim..y mengabaikan tggjwb sbg isteri pun rmai..guane tu Mr.Mohd Radzi??adakah mereka pun sama mcm 'PELACUR'??sila jawab....
May 7, 2014 at 9:46 PM
Tuan hadi keluarkan fatwa mengatakan segelintir muslim itu kafir mcmana pula. Tak sama ka
May 7, 2014 at 9:59 PM
Menuduh orang perempua seperti pelacur, itu sama menuduh orang berzina...jawab depan Allah nanti...di dunia bolehlah berhujah macam2..
May 7, 2014 at 11:20 PM
pukimak la kau PAS. UMNO tetap terbaek, sokong UMNO
May 8, 2014 at 12:07 AM
Mohd radzi setaraf dgn babi bila bercakap...xsalah ann ann ckp camtu...analogi kn
May 8, 2014 at 3:47 AM
Baca dgn ilmu dan hati yg terbuka. Pasti kebenaran akan timbul. Saya bersetuju dengan artikel di atas walau saya tidak kenal penulisnya dan saya kenal Dr. Maza secara peribadi.
Berdebatlah secara ilmu. Bukan memaki hamun pada si penulis kerana perlakuan memaki hamun itu menunjukan kecetekan ilmu si yg memaki hamun.
Renung2kanlah....
May 8, 2014 at 9:05 AM
kamu memang babil, nasihat org lain jelas, maafkan saya kerana terkasar dlm memberi analogi. cukup. hal ini kerana kamu tujukan kpd wanita yg jauh lebih berakhlak drp perempuan yg terkinja-kinja di konsert.
May 8, 2014 at 5:39 PM
Post a Comment