ONEXOX
BannerFans.com

GUNA SIMBOL ‘BINTANG’ YAHUDI SEBAGAI HIASAN AIDILFITRI?

on Monday, July 21, 2014



'Star of David' atau Bintang David salah satu simbol yang begitu dekat dengan Zionis. Simbol itu boleh dilihat dipakai sebagai rantai oleh Yahudi dan merupakan logo di bendera Israel.

Dalam satu laporan Oh!Media, terdapat satu pasaraya di Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sempena sambutan Hari Raya ini. Pasaraya yang dimaksudkan adalah Megamall Pacific.

Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Simbol "Star of David" tersebut juga digunapakai dalam upacara sembahyang Yahudi dan selalu dibawa kemana-mana oleh Rabbi yahudi dan boleh disamakan sebagai salib.



Bagaimanapun mungkin ada kesilapan dalam isu ini kerana lambang Star of David tersebut begitu dekat dengan simbol bintang Rub al-Hizb yang digunakan sebagai penanda bagi penghujung surah dalam penulisan khat.



Harap pihak pasaraya tersebut dapat memberi respon kerana isu-isu seperti ini amatlah sensitif lebih-lebih lagi dibulan puasa dan ketika konflik yang berlaku antara Gaza dan Israel sekarang ini.

Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved