Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.
"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.
Media BBC melaporkan mayat penumpang yang disimpan dalam ruangan sejuk beku itu di dalam keretapi pula tidak didedahkan lokasinya.
Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik Ukraine.
Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.
Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup jejak mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment