Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov (gambar) menyoal kenapa rakaman kotak hitam pesawat tersebut tidak diedarkan kepada umum sehinggakan beliau membuat tanggapan bahawa orang ramai telah 'hilang minat' terhadap siasatan tersebut.
Menurut laporan, pihak penyiasatan Belanda yang mengetuai siasatan telah memaklumkan pada awal bulan ini bahawa mereka akan mendedahkan laporan awal siasatan 'beberapa minggu lagi'.
"Tiada siapa memberitahu kita apa-apa (sebab) yang masuk akal tentang mengapa rakaman kotak hitam tidak boleh didedahkan sepenuhnya," kata Lavrov pada taklimat menerusi televisyen di Moscow.
Beliau turut menyoal mengapa Ukraine belum memberikan rakaman perbualan antara kawalan trafik udara di lapangan terbang berdekatan Dnepropetrovsk.
Katanya, Rusia telah menghubungi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang menubuhkan pasukan petugas berhubung kemalangan pesawat itu, namun ujarnya "setakat ini tiada apa-apa yang telus juga dapat dilihat di sana."
Lavrov merasakan bahawa siasatan gagal mencari bukti penglibatan Rusia dalam kejadian penembakan pesawat itu bulan lepas kerana ia terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Beliau berkata, mereka yang dahulunya 'kecoh' membuat tuduhan terhadap Rusia dan pemberontak, kini senyap.
Pencarian mangsa di lokasi kemalangan telah ditangguh sejak awal Ogos atas faktor keselamatan kerana pihak penyiasat tidak dapat meneruskan pencarian di lokasi yang terlibat dengan pertempuran itu.
Pada 17 Julai lalu, pesawat MH17 telah ditembak jatuh di daerah bergolak Donetsk ketika pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membunuh 298 penumpang dan anak kapal.
Kotak hitam pesawat telah dihantar ke Farnborough di Britain untuk diperiksa Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment