Saya dukacita dengan isu kebajikan pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd yang ditindas oleh majikan. Mereka terpaksa menanggung kesusahan dalam kehidupan seharian dan ditambah lagi keadaan ekonomi negara yang makin parah sehingga semua harga barang naik melampau.
Juga, prihatin menyokong penuh demontrasi pekerja yg diadakan pagi ini. Mohon kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar baru ambil peranan dalam menyelesaikn isu ini. Bahkan majoriti pekerja Perwaja adalah rakyat Terengganu sendiri.
Mengingatkan pemilik Perwaja Maju Holding dan Kin Kee jangan seperti "kacang lupakan kulit", setelah mengaut keuntungan mereka mula menjadikan pekerja sebagai mangsa pertelingkahan kerana ingin menjadi pemilik tunggal perwaja... yang masing-masing memegang saham maju holding sebanyak 49% kin kee sebanyak 51%.
Adun Chukai,
YB Hj Hanafiah Mat.
25.08.14 - 12.15tgh.hari
Dibawah ni aduan yang diterima...
"Assalamualaikum.... Tn hj. YB.. Pagi ni jam 9 pekerja perwaja berkumpul di depan pintu gate 1 perwaja membantah kezaliman majikan terhadap kami pekerja... Gantung tak bertali....majikan tak prihatin nasib pekerja dan keluarga..Tak ada nampak gaya nak jalan kilang sekaligus sampai bila kita nak idup dgn RM450 elaun yang dijanji tapi liat nk bayar.... Potongan2 kita sebelum ni ambik dari gaji tapi tak dibayar... Kwsp, lembaga hasih dlm negeri ( nak claim pcb tak blh walaupun terlebih potong sebab perwaja tak bayor kat LHDN), cimb bank perumahan, bank rakyat pinjaman peribadi, koop perwaja, pinjaman pendidikan... Kita kena tindakan oleh bank padahal majikan bahang seng kita... Nak jalan kilang buat cara nak jalan tak nak buat cara tak nak... Ambik staff yg dia nak yg tak nak vss... Untuk berkumpul pada hari ini pun kami telah ditekan dari pengurusan dan juga pihak berkuasa.. Makluman buat YB yang prihatin... TQ"
SEBARKAN..
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment