Pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie akan menfailkan saman terhadap filem biopik Saloma yang ditayangkan di saluran Astro.
Adlin Aman Ramlie merupakan anak kepada A R Tompel dan juga isteri terakhirnya Ruminah Sidek. Anak A R Tompel yang popular selain Adlin ialah A R Badul dan juga Amran Tompel.
Keluarga A R Tompel bengang dengan sisi gelap dan negatif yang ditunjukkan kepada arwah A R Tompel.
Adlin Aman Ramlie mewakili keluarga memberi kenyataan berikut:
“Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi yang jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tidak adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham”
“Saya mewakili keluarga mengutuk sekerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris”
“Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu,”
Filem biopik kini sedang ditayangkan di saluran Astro First hasil lakonan dari Nabila Huda, Tony Eusof dan Azhan Rani sebagai A R Tompel.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment