Seorang pengguna Facebook didapati telah memuat naik beberapa status memusykilkan di laman sosial miliknya berkaitan perangai seseorang yang didakwanya individu bergelar ustaz dan pernah muncul dalam program keagamaan di TV9.
Antaranya status bertarikh 3 Oktober lalu yang berbunyi:
(Wahai sekalian umat manusia mahukah kamu kiranya aku siarkan rakaman seorang ostad TV9 yang menangis teresak esak pada bini dia kononnya dia hutang along RM400ribu)
Pada hari sama dia turut memuat naik satu lagi status lain dipercayai mengutuk orang sama iaitu:
(Dunia semakin maju… dulu buat apa pun orang tak tau. Boleh dok berlakon baik di depan orang. La ni buat apa pun semua orang boleh tangkap. Print screen rakam suara rakam video macam macam. Maka dgn itu hiduplah dengan reality jangan berlagak warak di sebalik jubah dan serban. Ini baru teknologi manusia belum lagi teknologi Tuhan. Manusia jenis ni di mulut ajar kita percaya kepada malaikat kiri dan kanan tapi dia sendiri sebenarnya tidak beriman ilmu yg dia sampaikan. Sebab tu dia sanggup berlakon depan orang dgn jubah dan serban padahal sikap sebenarnya cukup jahat. Hang mmg jahat wahai ostad TV9.)
Bagaimana pun status berkaitan ‘Ostad TV9′ ini dilihat makin ganas apabila terbaru, pengguna Facebook tersebut berkongsi rakaman perbualan aplikasi pesanan WhatsApp didakwa antara individu berkenaan dengan isteri orang.
Berdasarkan komen, perbuatan terkutuk ini dikatakan berlaku pada Hari Raya Aidiladha lalu.
(Bila kita nak dedah nanti akan ada la yang kata tak baik dedah aib orang. Perbuatan yang mengaibkan pakaian sunnah di badannya tidak pula dia rasa bersalah. Berselingkuh dgn bini orang tidak pula rasa mengaibkan. Dalam TV dok ajak orang beragama sedangkan diri sendiri umpama tak ada agama. Aku pelepas yg ni dulu… kalau nak yg lain TANYALAH OSTAD TV9…)
Apa yang mengharukan nombor telefon isteri orang tersebut tidak dipadam (gambar tersiar di Mynewshub sudah kami edit).
Tak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan ini namun yang nyata tindakannya ini menjadikan keadaan ‘panas’ apabila statusnya dikongsikan ratusan orang di Facebook.
Bagi kami kalau dah ada bukti individu dimaksudkan melakukan sesuatu yang tidak betul dan menyalahi undang-undang lebih baik laporkan sahaja kepada pihak berkuasa seperti polis dan jabatan agama.
Bukan apa kalau begini caranya dibimbangi pihak tak ada kena mengena mungkin mendapat tempias fitnah.
Apatah lagi TV9 diketahui sememangnya banyak menghidangkan program-program keagamaan jadi banyaklah individu bergelar ustaz terlibat.
Takut nanti ada yang berfikiran dangkal terus melabel ustaz tertentu yang bersiaran di situ, tak fasal-fasal ‘ostad TV9′ lain pula yang teraniaya kan?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment