Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.
"Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.
"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini.Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.
Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi.
Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. "Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti," ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment