ONEXOX
BannerFans.com

Pemuda UMNO kecam perbuatan biadap aktivis pembangkang letak selipar jamban dimuka Najib

on Thursday, October 9, 2014


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengecam tindakan biadap seorang aktivis pembangkang yang meletakkan selipar di wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen semalam.

Dalam kejadian tersebut individu itu kelihatan bangga dan sengaja meletakkan selipar ke gambar PM ketika menyertai demonstrasi protes harga minyak dan GST semalam.

Sungguhpun ramai MP pembangkang yang kelihatan tapi tidak ada seorangpun yang menegur perbiadap biadap itu.

Berikutan itu, Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah berkata, tindakan lelaki tersebut jelas salah dan bertentangan dengan tatatusila kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kita lihat lelaki tersebut membuat tindakan biadap yang tidak memberikan kesan yang baik dalam memantapkan kaharmonian dalam negara kita, meletakkan selipar pada muka kepimpinan negara seperti Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Lelaki ini merupakan seorang yang tidak menghormati undang-undang negara, tidak menghormati hak perhimpunan aman,” ujarnya dalam satu sidang media di PWTC petang Khamis.

Tambahnya, kumpulan kurang 100 orang pendemo semalam merupakan alat dan boneka pakatan pembangkang yang sengaja menimbulkan isu untuk meraih simpati rakyat dengan mengadakan siri demonstrasi.

“Kita ada saluran demokrasi, kita ada sistem Parlimen. Mereka juga ada wakil dalam Parlimen, kalau mereka tidak tahu menggunakan saluran demokrasi, jangan khianat dengan kepercayaan rakyat yang diberikan dalam pilihanraya lalu dengan mengadakan demostrasi jalanan.

“Buat pemimpin mereka yang sengaja tak mahu guna saluran demokrasi ini, baik letak jawatan dan berikan kepada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved