Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?
“Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah),” tulis Nor Hoda.
Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.
“Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh ‘start’ pasal bateri ‘kong’, puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?
“Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga,” tulis Nor Hoda lagi.
Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.
“Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!” Tempelak beliau lagi.
Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.
Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.
Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment