jam menunjukkan tepat pukul 1 tengahari.. bermakna time lunch aku sudah tiba.. aku berjalan kaki menuju ke gerai makanan yg berdekatan ditempat kerja aku.. kali ini aku memilih menu nasi ayam dan teh o ais kerna aku tahu harga dia hanya rm5.. kalau aku mkn nasi berlauk , belum tentu harga dia dibawah rm5 sepinggan..
sedar tak sedar dah hampir pukul 5.30 petang.. time aku habis kerja.. sedang aku menunggu waktu utk pulang , aku mengira wang yg dah aku gunakan utk hari ini sahaja.. belum termasuk waktu malam nanti.. ya , jumlahnya sudah rm26.5.. kemungkinan utk mencecah rm30 utk sehari sahaja mungkin boleh berlaku.. itu belum difikir keperluan utk anak aku yg baru berusia 2 bulan yg harus dibeli seperti susu , pampers , baju dan lain2.. arggghh malas aku fikir. yg penting aku boleh survive lagi dgn keadaan begini..
tiba dirumah , isteri aku seperti biasa menyediakan teh o panas kepada aku.. sambil menghirup air aku pun ber FB seketika.. tiba2 aku terbaca ulasan dari seorang menteri yg telah mengatakan pendapatan rakyat malaysia kebanyakkannya didalam lingkungan rm5990 sebulan.. maknanya kita sedang menuju ke negara maju.. terus aku off kan hp dan pergi mandi utk menyegarkan dan mewangikan badan selepas di "KENCINGKAN" oleh golongan2 tertentu..
# mungkin melayu mudah lupa.. lebih2 lagi bila menerima BRIM.. tetapi bagaimana kali ini jika melayu tidak lupa ????
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment