Menurutnya, dia tidak pernah meminta cerai sebaliknya hanya mengemukakan tindakan mahkamah untuk Aidil kembali melaksanakan tanggungjawab sebagai suami yang sah pada masa itu.
Dalam jawapan pembelaannya, Rita, 38, selaku plaintif menyifatkan tindakan bekas suaminya itu yang menceraikannya melalui SMS sebagai tidak bertanggungjawab.
Jawapan pembelaannya itu dikemukakan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita bagi membalas pernyataan pembelaan Aidil yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, pada 11 September lalu.
Rita dalam pembelaannya turut berkata, bekas suaminya itu tidak pernah memberitahu atau mengajaknya berpindah keluar dari rumah kelamin yang mereka duduki.
Katanya, Aidil gagal membuktikan pemastautin semasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dalam kes nusyuz dan hak penjagaan anak.
Menurutnya, mahkamah berkenaan membuang kedua-dua kes itu kerana bekas suaminya itu tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan kes itu di Selangor.
Kes itu disebut dalam kamar di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Atrasina Mohd Zahrullail tanpa kehadiran Rita dan Mohd Aidil Zafuan.
Mahkamah menetapkan kes tuntutan itu akan didengar pada 13 November depan.
Sebelum ini, Aidil, 27, dalam pernyataan pembelaannya tidak bersetuju dengan tuntutan bekas isterinya itu kerana menyifatkan nilai mutaah RM300,000 adalah melampau.
Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar mengemukakan permohonan tuntutan mutaah itu mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 7 Julai lalu.
Pelakon itu mengemukakan tuntutan nafkah tertunggak RM100,000 terhadap bekas suaminya itu pada Januari lalu dan prosiding perbicaraan bermula 30 September ini di mahkamah sama.
Pada 8 November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, yang meliputi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
Keputusan kes itu didengar pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment