ONEXOX
BannerFans.com

Susu anak bawah lantai ERL kerana orang ramai malas beri tempat duduk

on Thursday, October 9, 2014

Kuala Lumpur: “Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.

Menurutnya, sebelum itu dia menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dari tempat kerjanya di Setiawangsa bersama anak hingga ke KL Sentral sebelum menukar tren ke ERL untuk ke Salak Tinggi.

Katanya, sepanjang perjalanan menaiki ERL itu tren dipenuhi orang ramai berikutan waktu pulang kerja dan dari KL Sentral dia berdiri hingga ke stesen Bandar Tasek Selatan.

“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Saya pergi & balik kerja hanya menggunakan kenderaan awam sejak 2011 hingga sekarang. Melalui pemerhatian saya punca orang semakin mementing diri adalah kerana persekitaran & perkhidmatan awam yang teruk. Orang balik kerja penat, ada yang terpaksa berlari kejar masa elak terlepas bas & terpaksa berdiri lama untuk tunggu bas @ Train. Tempat duduk yang disediakan dalam bas & train sangat sedikit. Ruang berdiri lebih luas disediakan. Sebelum naik bas/train orang dah berebut-rebut sebab nak duduk. Jarak perjalanan juga sama. Kenapa tidak sediakan pengakutan awam yang banyak tempat duduk? sebaliknya sengaja luaskan tempat untuk orang berasak2 berdiri. Bayaran orang berdiri @ duduk sama sahaja. Warga asing juga bagi contoh yang buruk menyebabkan orang Malaysia turut mementing diri. Mereka suka memotong barisan, tolak menolak & tidak bagi tempat duduk pada wanita @ orang tua... Mohon ada pihak yang lebih bijak & prihatin untuk ubah perkhidmatan awam Malaysia. Tekanan hidup sekarang membuatkan ramai rakyat Malaysia yang terkenal sopan/ramah berubah jadi mementing diri juga...... Semua diatas berdasarkan pemerhatian saya...


October 9, 2014 at 10:47 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved