ONEXOX
BannerFans.com

Ali Abd Jalil Ditahan Interpol & Dihantar Pulang Ke Malaysia Hari Ini

on Friday, December 12, 2014



KUALA LUMPUR – Aktivis politik pro pembangkang, Ali Abdul Jalil, yang melarikan diri ke luar negara kerana takut menghadapi pertuduhan di Malaysia dikatakan telah ditahan oleh pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada hari Isnin yang lalu telah membatalkan pasport antarabangsanya.

Menurut sumber, lelaki taksub dan kurang matang itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Dublin.

Posting terbaru di akaun Facebook milik Ali juga turut mengesahkan penahanan terbabit dan menurutnya, dia akan dihantar pulang ke Malaysia serta dijangka tiba di KLIA menjelang tengah hari esok.



“Aku diangkut interpol.. Sultan Johor punya balaci ada sekali. Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari..” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata telah memohon suaka politik & dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.




Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved