Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.
Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.
Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut. Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati keranan mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat.
Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.
Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.
Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. Video kejadian bakal menyusul
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment