ONEXOX
BannerFans.com

Awas : Jangan Klik Pautan Gadis Mabuk Setelah Pesta - SKMM

on Wednesday, December 10, 2014




Kuala Lumpur : Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah.

"Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.




SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

"Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda," menurut kenyataan itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved