ONEXOX
BannerFans.com

Penyokong Vietnam Pula Dedah Punca Pergaduhan Di Stadium Shah Alam Yang Amat Membingungkan

on Wednesday, December 10, 2014



Seperti yang semua sedia maklum, satu insiden pergaduhan membabitkan penyokong Harimau Malaya dengan penyokong Vietnam telah berlaku selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 melibatkan Malaysia menentang Vietnam di di Stadium Shah Alam Ahad lalu.

Pergaduhan tercetus apabila penyokong Vietnam menjulang replika piala yang membangkitkan rasa tidak puas hati penyokong Malaysia. Namun, berlainan pula pendedahan yang diceritakan oleh dua penyokong Vietnam yang turut menjadi mangsa keganasan hooligans terbabit.



Walaupun penyokong Vietnam dipukul, diancam, dimalukan serta dibuli, An dan Vu masih menganggap rakyat Malaysia baik dan peramah orangnya.

“Orang Malaysia baik-baik. Apabila insiden itu tersebar, rakan-rakan (Malaysia) saya menghantar SMS meminta maaf bagi pihak ‘Hooligans’. Bukan semua yang menyokong tindakan hooligans ini.

“Warga Vietnam di tanahair yang mendengar insiden ini memang kecewa dengan tindakan Hooligans ini. Saya juga risau jika rakyat Vietnam di tanahair akan marah dan mengancam rakyat Malaysia di sana di hari perlawanan timbal balik. Namun saya berharap tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” ujar An.




Begitu juga dengan Vu, yang lebih memandang positif kepada semangat penyokong Malaysia berbanding dengan insiden tersebut. Semangat Ultras Malaya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya.

“Sorakan mereka, semangat yang kuat, obsesi mereka terhadap sukan bola sepak, meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. Saya berharap mereka juga akan berada di Hanoi untuk terus memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya dengan harapan penyokong pasukan Vietnam dapat belajar seperkara dua dari mereka,” kata Vu.

Namun, seorang penyokong Harimau Malaya, Geoffrey Yeow meluahkan rasa kesal dan sedih dengan apa yang dia lihat di malam Ahad yang lalu.

“Saya dapat lihat dengan jelas yang penyokong-penyokong Vietnam berkelakuan baik di Stadium. Mereka hanya duduk di kawasan mereka dan membuat hal sendiri. Tiada langsung yang bertindak melakukan apa-apa tindakan yang membawa kepada pergaduhan tersebut,” luahnya dengan nada kesal.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved