SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diputarbelitkan oleh pihak pembangkang dan golong#an yang tidak suka cukai itu.
Katanya mereka yang tidak menyukai GST adalah orang berkepentingan dan 'mewah' semasa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang boleh dimanipulasi untuk mengelak cukai dan mengenakan cukai berkenaan kepada pengguna tanpa memulangkannya kepada kerajaan.
"Orang-orang macam inila#h yang marah, menabur fitnah dan sakit hati. Bila cukai yang lama yang boleh mereka manipulasi yang mana sistem cukai lama SST yang tinggi 16 peratus, mereka dapat kutip banyak daripada pelanggan tapi bila GST akan dilaksanakan pada 1 April ini dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa ...tidak boleh kutip, dan kalau kutip pun mereka terpaksa beri balik kepada kerajaan, orang ini yang marah," kata beliau.
"Orang kampung dan orang biasa, apa ada kena mengena. GST ini samalahtakrifnya dengan VAT atau 'Cukai Nilai Tambah' seperti yang dilaksanakan di Hong Kong dan Great Britian. Cukai cuma dikenakan untuk bahan-bahan 'nilai tambah' ...bahan keperluan harian tidak dikenakan cukai," katanya.
Beliau berkata demikian kep#ada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Negeri Sembilan di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya yang baharu Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.
Mohamad mendakwa mereka yang sentiasa mengeluarkan kenyataan memburukkan GST ini mempunyai agenda dan kepentingan dalam sistem cukai SST dan mereka tahu kerana sistem GST ini terbukti di 168 buah negara sebagai sebuah sistem yang amat telus dan sukar dimanipulasi.
"Jadi, zaman kemewahan merek#a akan berakhir tidak lama lagi. Jadi, mereka inilah yang selalu memberikan maklumat dan memfitnah kerajaan kononnya GST ini akan menambah lagi beban orang ramai," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment