SEREMBAN - Lahiriahnya, pasar raya AEON Seremban 2, di sini, yang mula beroperasi sejak Sept#ember 2005 tampak tiada perbezaan dengan premis lain seumpamanya.
Namun, ada sesuatu kelebihan dimiliki pusat membeli-belah dahulu dikenali sebagai Jusco ini yang menggamit Sinar Harian untuk mendekatinya.
Pencariannya tidaklah suka#r, memandangkan keunikan itu terletak pada salah satu kemudahan awam disediakan untuk pengunjung, peniaga dan pekerja beragama Islam.
Pasti ramai sudah dapat menangkap gambaran diberikan. Benar, ruang solat atau lebih mudah dipanggil surau berada di tingkat satu bangunan berkenaan yang menjadi tumpuan.
Tidak dinafikan, setiap pasa#r raya mempunyai surau masing-masing. Namun, keistimewaan ditampilkan AEON Jusco Seremban 2 sememangnya berlainan.
Perkara tersebut disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor bersama seorang rakan, baru-baru ini.
Reka bentuk dan hiasan dalama#n diketengahkan cukup mengagumkan. Terasa bukan lagi di pasar raya, tetapi seperti dalam surau awam di luar premis perniagaan.
Saat itu, pelbagai persoalan mula menerjah fikiran. Namun, semuanya disimpan dahulu sehingga selesai solat.
Bagi mendapatkan jawapan dica#ri, langkah dibuka menuju ke pejabat pentadbiran AEON Jusco Seremban 2 yang berada tidak jauh dari situ.
Alunan muzik berkumandang, sebaik sahaja loceng pintu ditekan. Selepas menyatakan tujuan kedatangan, tampil seorang wanita bernama Heng Ai Ling memperkenalkan diri sebagai pengurus pasar raya.
Menurut Ai Ling, surau merupak#an salah satu kemudahan yang ada di premis tersebut sejak pembukaannya lebih kurang 10 tahun lalu.
“Bagaimanapun, ruang solat disediakan bagi lelaki dan wanita telah melalui proses naik taraf atau pengubahsuaian pada Ogos 2014.
“Pelaksanaannya mengambil masa le#bih kurang dua bulan dan siap sepenuhnya sekitar Oktober tahun lalu,” katanya yang enggan mendedahkan kos pembinaan atas arahan pihak atasan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tempoh pengubahsuaian, pihak pasar raya menyediakan ruang solat sementara di kawasan meletak kenderaan.
Kata Ai Ling, langkah naik taraf itu meru#pakan salah satu usaha berterusan AEON Seremban 2 untuk menambah baik fasiliti dan mutu perkhidmatan terhadap pelanggan.
Sementara itu, pengurus pemasaran, Mohd Najib Baharuddin, 32, berkata, penambahbaikan itu dapat mengingatkan pengunjung beragama Islam supaya lebih menitikberatkan solat.
"Kemudahan yang disediakan ini memang mem#uaskan dan memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya.
Bagi pekerja swasta, Asri Awang, 34, surau berkenaan memang cantik dan kondusif.
"Sekali pandang, dah macam bersolat d#ekat surau luar," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment