ONEXOX
BannerFans.com

AHMAD MASLAN NAFI PAKAI JAM MEWAH

on Monday, April 13, 2015



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau tidak pernah memiliki jam tangan jenama Rolex model Submariner bernilai RM30,000 hingga RM40,000 seperti yang dilaporkan.

Datuk Ahmad Maslan, antara sembilan pemimpin politik yang didakwa memakai jam tangan berjenama mewah sehingga mencecah puluhan ribu ringgit tampil menafikan dakwaan berkenaan yang tersebar di laman sosial sejak hujung minggu lalu.

“Saya tak pernah ada Rolex Submariner dan tak pernah memakainya. Jam saya yang biasa saja,” jelasnya.

Pemimpin lain yang turut didakwa memakai jam tangan mewah ialah Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin, Khairy Jamaluddin, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Allayarham Nik Aziz.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved