ONEXOX
BannerFans.com

SAYU. RM11,000 - GAJI AHLI DEWAN NEGARA PALING RENDAH DI DUNIA

on Monday, April 13, 2015



KUALA LUMPUR - Susulan dari isu kenaikkan gaji Ahli Dewan Negara yang diumumkan minggu lalu, Presiden Majlis Senator Malaysia, Tan Sri Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, amaun kenaikkan gaji Ahli Dewan Negara itu adalah wajar kerana tangga gaji tersebut adalah yang paling rendah di dunia (bagi Ahli Dewan Negara).

Katanya, kenaikkan gaji itu wajar kerana pihaknya tidak meminta tangga gaji yang 'bukan-bukan'.

"Kita tidak akan minta apa yang tidak berpatutan tetapi hanya mahu mengatakan gaji Ahli Dewan Negara adalah yang terendah di negara jika dibandingkan dengan Kemboja, sebagai contoh.

"Oleh itu, boleh saya katakan gaji yang diterima Ahli Dewan Negara adalah yang paling rendah di dunia," katanya.

Keputusan kenaikkan itu adalah hasil persetujuan Parlimen dengan mengambil kira sumbangan yang telah diberikan kepada negara.

"Ini kena mengena dengan ahli-ahli dewan negara jadi saya minta maaf tidak dapat beri jawapan sebab kita di sini untuk memberi sumbangan kepada negara kalau kerajaan fikir berpatutan itu dengan persetujuan Dewan Rakyat.

Khamis yang lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan kenaikkan gaji serta elaun ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara termasuk Speaker dan Timbalan Speaker yang mencecah 40%.

Kenaikkan itu akan menambahkan belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

rocky the great brown hardly-used dick says: bugima betul laa pwok2 nih; berapa juta diaorang nak tiap2 bulan nih? berapa banyak diaorang nak sogok mungkar nangkir & malek? sial.. aku tak halal PCB aku!


April 13, 2015 at 6:21 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved