ONEXOX
BannerFans.com

Pengeluaran pada umur 60 tahun: Kami tiada agenda tersembunyi - KWSP

on Monday, April 13, 2015



KUALA LUMPUR: Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.

Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.

"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Jelas laman itu, hasil kajian KWSP menunjukkan bahawa 70 peratus ahli KWSP yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun menghabiskan wang simpanan KWSP mereka antara 1 hingga 10 tahun selepas bersara.

"Sesungguhnya, perkara ini amat membimbangkan KWSP kerana keadaan ini akan menyebabkan ahli KWSP berada dalam kesempitan kewangan. Atas sebab itulah KWSP merupakan agensi yang bersungguh-sungguh menyokong agar had umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.

"Dalam hubungan ini, adalah tidak memberikan kesan yang bermakna kepada inisiatif meningkatkan simpanan persaraan ahli, jika Pengeluaran Umur 55 Tahun ini dikekalkan," ujar laman itu.

Dalam pada itu kata KWSP, sebarang perubahan terhadap Pengeluaran Umur 55 Tahun selaras dengan umur persaraan baru iaitu 60 tahun tidak akan berkuatkuasa serta-merta.

"Tempoh peralihan (grace period) yang sesuai akan diberikan kepada ahli untuk membuat persediaan dan penyesuaian terhadap perancangan kewangan untuk persaraan mereka," kata laman itu.

Tambah laman itu lagi, mereka juga tidak akan lagi memberikan sebarang ulasan berhubung dengan perkara ini sekiranya ia dibangkitkan sekali lagi melainkan satu keputusan baru dibuat mengenainya.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata kerajaan belum memuktamadkan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan KWSP kepada usia 60 tahun.

Kata Tee Yong, perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 9 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Aku tak bersetuju...duit aku,hak aku..pandai2 nak tahan duit aku,.senang buat camni je,buat agreement,sape yang setuju nak kuar duit umur 60 sain kontrak..sape yang tak nak jangan sain..habis cerita.Kalau lepas bersara takde duit lantak pi la...bukan kerajaan bagi duit kat aku pun..lagi peras duit aku ade la..


April 13, 2015 at 11:14 PM
Anonymous said...

aku tak setuju,ni semua sebab kwsp dah xde duit...duit nak buat bayar hutang 1mdb..dah la kena gst,duit kwsp pon nk kena kebas..celaka betol la korang ni


April 13, 2015 at 11:15 PM
Anonymous said...

Mula-mula gst,lepas tu minyak naik..lepas ni mungkin minyak naik lagi,kwsp pulak kena tahan sampai umur 60...gila babi la diorang ni.Bila gst harga barang semua naik,makanan,sewa rumah,kesihatan,kenderaan,pastu minyak naik..kos pengangkutan pun naik..kos makan pon naik lagi sebab nak cover kos pengankutan bahan mentah..dah terbeban dengan segala kesusahan ni,epf pulak tak boleh keluar..tunggu umur 60..umur 60 tu ntah hidup lagi ke tidak..umur 55 dab bersara hidup merempat,sebab xde pendapatan..lu otak xde ke najib? asyik pikir nk kebas duit je.


April 13, 2015 at 11:22 PM
Anonymous said...

Fuck BN...hancur negara kerana BN


April 13, 2015 at 11:24 PM
Anonymous said...

Aku bantah,jangan sampai rakyat bersuara menuntut hak


April 13, 2015 at 11:26 PM
Anonymous said...

Bukan ke nanti simpanan kwsp nk kne cukai 20 percent..tak tau la betul ke jadi,aku tgok kat link ni
https://www.youtube.com/watch?v=V5ppCXWepUA


April 13, 2015 at 11:57 PM
Anonymous said...

Apa bantuan kerajaan pada kami pekerja swasta,nk beli rumah susah,nak beli kereta susah..kena bayar cukai pendapatan,kena bayar cukai gst,nk kuar kwsp kena cukai 20 percent..tu duit aku la.apehal nak kena cukai pulak..ni had pengeluaran sampai umur 60..baik tutup je la kwsp..bukan menyenangkan..lagi menyusahkan..


April 14, 2015 at 2:07 AM
Anonymous said...

janganla ingat kami ni bodoh sangat....duit tu duit kami...kami pekerja swasta dahle kena bayar cukai...nak kuar kwsp pun kena cukai....umur 60 tahun tu adalah tahap umur kubur...ape lagi yang tinggal bila dah bersara umur 60....tah idup lagi ke tidak...DUIT CARUMAN ADALAH DUIT KAMI!!!


April 16, 2015 at 6:37 PM
Anonymous said...

sy tak setuju, biar tetap pd 30% pengeluaran dr akaun 2 umur 50 & 70% akaun 1 pd umur 55, kalau sape nak tunggu sampai umur 60 pun pilihan individu, kwsp jgn pndai2 nak buat keputusan utk kami.


April 18, 2015 at 10:50 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved