ONEXOX
BannerFans.com

Punca Guru Besar Durjana Cabul Murid Sendiri Terjawap

on Monday, April 13, 2015



Kepercayaan diberi orang ramai kepada seorang guru besar ternyata telah dikhianati apabila seorang bapa tampil membuat luahan kecewa kepada Siakapkeli apabila anak lelakinya telah dicabul oleh seorang guru besar sekolahnya di sebuah sekolah di Taiping.

Menurut pengadu, anaknya telah beberapa kali dicabul oleh guru besar tersebut yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh kanak-kanak berkenaan menghantar barang miliknya ke pejabat guru besar.



Selain itu, pengadu turut memberitahu guru besar terbabit bukan hanya mencabul anaknya seorang sebaliknya beberapa orang lagi rakan anaknya menjadi mangsa guru besar durjana tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan pesanan Whatapps yang dihantar oleh guru besar tersebut kepada anaknya.



Kerana kejadian tersebut, pengadu telah membawa anaknya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping kerana perkara lebih buruk terjadi.

Pengadu juga berharap satu tindakan yang pantas harus diambil terhadap guru besar berkenaan kerana pasti akan lebih ramai akan menjadi mangsanya jika tindakan tidak diambil terhadapnya.



Berdasarkan cerita pengadu lagi kejadian ini bukan abru terjadi kerana ia dikatakan telah berlaku sejak tiga tahun lepas lagi melibatkan kanak-kanak darjah satu di sekolah tersebut cuma kegiatannya tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling.

Apapun report polis telah dibuat dan biarkan segala siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved