ONEXOX
BannerFans.com

'SAYA PALING BANYAK TERIMA ADUAN DI DUNIA' -HASAN MALEK

on Tuesday, April 14, 2015



KAJANG - "Saya paling banyak terima aduan di dunia," demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Menurut Hasan, aduan yang paling banyak diterima kebelakangan ini melibatkan caj perkhidmatan di hotel dan restoran iaitu sebanyak 40% dari jumlah keseluruhan aduan yang diterima oleh KPDNKK.

“Saya ingat di dunia ini saya yang paling banyak terima aduan berhubung kait harga barang dan penipuan di sana sini.

“Jadi, kementerian saya bercadang untuk memansuhkan caj perkhidmatan dalam industri makan dan minuman. Tapi saya melihat ada kekangan di situ kerana ada implikasi undang-undang.

“Ini kerana caj perkhidmatan dilaksanakan berikutan terdapat persetujuan bersama antara majikan dan pekerja. Ini bermakna 10% yang dikenakan kepada pengguna akan diberikan kepada pekerja,” katanya.

Hasan mengulas jumlah aduan yang diterima kementerian sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April lalu.

Katanya, pihak KPDNKK akan membuat kajian yang mendalam dan menyeluruh dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan dianggotai oleh KPDNKK sendiri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan aduan caj perkhidmatan, sekali gus memansuhkannya.

“Kadang-kadang jadi persoalan sama ada 10% caj perkhidmatan benar-benar sampai kepada pekerja. Saya juga tidak mahu buat tuduhan berlaku manipulasi apabila majikan kutip 10 peratus untuk menipu pekerja.

“Jadi jawatankuasa ini akan membuat satu keputusan yang tepat dan memenangi hati semua pihak. Oleh itu kita tunggu sahaja kerana ia juga perlu dirujuk kepada persatuan hotel untuk mendapatkan pandangan mereka.

“Justeru, buat sementara waktu, pihak hotel dan restoran disaran meletakkan iklan, notis atau makluman jika ingin mengenakan caj perkhidmatan 10% di pintu masuk premis masing-masing,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved