KUALA LUMPUR - Padah menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen, seorang remaja lelaki ditahan oleh pihak polis, Isnin lalu.
Muhammad Farid, memuat naik kenyataan menghina mendiang Margaret yang maut dirempuh oleh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.
Ekoran kenyataan bodohnya itu tersebar di laman sosial, Farid segera membuat kenyataan memohon maaf. Namun, sudah terlambat apabila pihak polis tegas mahu mengambil tindakan terhadapnya.
"Saya nak minta maaf kerana menghina polis tersebut. Saya tiada niat pun nak menghina, cuma ada kisah lampau yang buat saya bertindak sedemikian. Saya kesal dengan perbuatan saya. Tolong padam ye gambar kenyataan saya," tulis Farid di laman Friends of PDRM.
Bagaimanapun, pengendali laman berkenaan meminta remaja terbabit menyerahkan diri di balai polis berhampiran.
Inspektor Margaret meninggal dunia pada Ahad lalu di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment