Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap mempertahankan keputusannya menganugerahkan kontrak-kontrak tol kepada kroni BN. Beliau tidak peduli sama ada kontrak-kontrak itu membebankan rakyat dan hanya membawa keuntungan kepada kroni BN.
Menurut Mahathir, kabinet bukanlah terdiri daripada pakar-pakar, sebaliknya mereka adalah ahli-ahli politik biasa. Malah ada antara mereka, seperti beliau, bukan tahu apa sangat dan bodoh dalam banyak perkara. Mereka tidak meneliti dengan mendalam kandungan dalam perjanjian tol tersebut sehingga rakyat terpaksa menaggung beban akibat kesilapan yang sepatutnya boleh dielakkan. Inilah pengakuan daripada Tun Dr.Mahathir sendiri.
Hakikatnya , kabinet Malaysia bukan saja terdiri daripada menteri-menteri yang leka dalam tugasan mereka malah mereka lebih mementingkan keuntungan kroni daripada kepentingan rakyat . Tidak kira apa alasan yang diberi untuk menutup kesalahan dan kecuaian mereka, rakyat mesti bangkit dengan menggunakan kuasa undi untuk memastikan menteri-menteri ini serta kerajaan BN secara keseluruhannya mesti menerima hukuman. Pastikan BN kalah dalam pilihanraya.
Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment