ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Tun Mahathir Salah Guna Harta Kerajaan Semasa Kempen PRU13?

on Thursday, April 25, 2013


Tempoh kempen pilihanraya Umum 2013 (PRU13) telah pun bermula. Tetapi penyalahgunaan harta kerajaan dan harta awam dalam kempen-kempen pilihan raya kecil atau umum sudah menjadi lumrah di Malaysia dengan rasa tidak bersalah dan masih terus digunakan sceara berleluasa…



BN dan UMNO sebenarnya masih lagi tidak serik-serik lagi. Walaupun sudah berulangkali dinasihatkan agar tidak menggunakan sebarang harta kerajaan semasa kempen PRU13 ini, mereka masih berdegil.

Terbaru, Dr. Mahathir dikesan dikatakan menaiki helikopter TLDM dari Kuala Lumpur ke Pengkalan TLDM Lumut untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Perpaduan Ummah Menjelang PRU13″ pada 23 April 2013 yang lalu. Apa pengisian dalam ceramah tersebut? Semuanya akan Berita Semasa dalam laporan berita yang seterusnya…



Apa yang kami kesalkan, mengapa penggunaan harta kerajaan semasa tempoh berkempen dibenarkan dan ditutup sebelah mata sahaja oleh pihak-pihak berkenaan?



Dr Mahathir selaku mantan Perdana Menteri Malaysia sepatutnya lebih tahu mengenai undang-undang dan larangan menggunakan harta benda kerajaan semasa berkempen. Kalau pun beliau dijemput, sebaiknya, Dr Mahathir mempunyai integriti, di mana beliau boleh menolak pelawaan untuk menaiki helikopter tersebut kerana datangnya adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah politik.

Bukankah SPR telah memberikan peringatan dan garis panduan kepada parti-parti politik yang bertanding…



Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka. Amalan ini mesti dihentikan untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan dan ideologi politik maisng-masing. Teringat kami dengan ungkapan emas Dato’ Hj. Fadzilah Kamsah :

“Manusia bila selalu buat salah, apa yang salah dia rasa betul”

Kami sebenarnya berharap agar parti-parti politik di Malaysia ini, menghormati undang-undang yang ditetapkan serta mematuhi peraturan semasa berkempen. Negara sudah lama amal sistem demokrasi, tetapi malangnya mentaliti sesetengah parti politik masih mentaliti diktator. Apa pendapat bals anda pula?

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved