KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2013: Meskipun tidak pernah memaksa isterinya untuk berhijrab, namun aktor Norman Hakim amat gembira dan terharu apabila melihat perubahan serta penghijrahan terbaru Memey Suhaiza.
Malah, Norman Hakim berkata penghijrahan Memey Suhaiza amat ikhlas dan suci selepas mendapat petunjuk ketika mimpi di malam hari sehingga terharu dan terus menangis ketika terjaga daripada tidur.
"Sebenarnya sehari sebelum dia berhijab penuh pada hari sukan anak kami, dia ada bercerita yang dia ada terpanggil untuk berhijrah ketika dalam mimpinya.
"Dia sangat sayu dan sedih kerana hatinya terbuka untuk menerima hidayah daripadaNya. Lalu dia menangis.
"Sejak daripada itu dia memberitahu dia mahu terus berhijab.
"Saya gembira dan sejuk hati bila melihat dia manis bertudung," katanya yang dihubungi murai.com.my.
Memey telah membuat kemunculan pertama berhijab ketika ke hari sukan sekolah anak tirinya bersama Norman Hakim dan Abby Abadi pada 17 April lalu.
Norman Hakim memberitahu dia gembiran kerana akhirnya dia berjaya melembutkan hati isterinya untuk mengenakan hijab.
"Sebenarnya sebelum ini memang saya pernah menyatakan hasrat saya untuk melihatnya berhijab kerana ianya sebahagian daripada tanggungjawab isteri untuk menjaga aurat untuk suami.
"Namun saya tidak pernah memaksa dia untuk berubah serta merta.
"Tetapi saya gembira kerana dia tidak mengambil keputusan yang lama untuk berhijab penuh.
"Saya akan terus memberi sokongan kepadanya kerana dia telah memberi contoh yang baik kepada anak-anak kami,"jelasnya lagi.
Tambah Norman Hakim, bekas isterinya, Abby Abadi telah banyak memberi dorongan kepada Memey untuk berhijab.
"Selain saya, Abby juga memang banyak memberi dorongan kepada Memey. Makin lama hatinya terbuka untuk berhijab tanpa paksaan," luahnya lagi.
Norman dan Memey bernikah pada 24 September 2011.
Mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung bernama Mohamed Darwisz Hakim pada 1 Februari lalu.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment