ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Padam foto isteri, kongsi ayat kecewa di Instagram, rumahtangga Dato Aliff Syukri kini goyah? Terjawap sudah...

on Wednesday, February 17, 2016



Entah di mana silapnya, peminat dan juga pengikut Instagram Dato’ Aliff Syukri bagaikan dapat menghidu tentang masalah yang dihadapi oleh beliau melalui perkongsian gambar di laman sosial.

Mungkin itu juga cara pemasaran baru yang dipraktikkan oleh Aliff untuk menarik orang ramai berkongsikan perkara tersebut di laman sosial, lebih-lebih lagi gambar tersebut turut membawa jenamanya sekali.








Selain itu, Aliff dan juga isterinya, Datin Nur Shahida juga telah memadam foto terkini mereka berdua daripada Instagram masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama. Apa pun, semoga segala apa yang berlaku, berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Bekas Isteri Kedua Salih Yaccob Minta Cerai Terbongkar

on Tuesday, February 2, 2016



KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bekas isteri kedua Salih Yaakob me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu.

Nor Raha Hamad, 47, mendedahkan, dia sebenarnya sudah memohon untuk dilepaskan sejak Julai tahun lepas tetapi Salih tidak mengendahkan permintaannya sehinggalah pada bulan September.

Jelasnya, punca penceraian mereka bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh Salih, 55,sebaliknya dia sudah lama memendam rasa akibat Salih tidak memberi perhatian kepadanya serta berlaku tidak adil sepanjang berkahwin.

Malah, soalnya, bagaimana isu pertemuan dengan rakan-rakan sekolah lama atau reunion mahupun wujudnya orang ketiga dijadikan punca sedangkan dia mengenali suami baharunya sejak kecil lagi dan tidak pernah bersekolah sama.

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain.

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salih baru-baru ini mendedahkan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu setelah bekas isterinya menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah lamanya.

Mengulas lanjut, ibu kepada enam orang anak itu berkata, masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.

“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jika Dulu BMW, Kali Ini Apa Hadiah Che Ta Untuk Anak Keduanya Jika Cemerlang SPM?

on Thursday, January 14, 2016



Kuala Lumpur: Jika sebelum ini Rozita Che Wan menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta mewah jenis BMW kerana cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, kini Che Ta mahu menghadiahkan kereta jenis Nissan GT-R pula untuk anak keduanya Aniq Ezzra, 18, yang kini sedang menunggu keputusan SPM.

Che Ta, seorang pelakon dan juga pengacara, berkata dia memang menjanjikan habuan untuk anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran.

“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.




Tambah Che Ta lagi, anak-anaknya itu juga turut diberikan elaun mingguan.

“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Lando Zawawi Kini Kerja Turap Jalan?

on Monday, December 21, 2015



Sudah lama juga tidak melihat pelakon Lando Zawawi di kaca televisyen. Kemanakah agaknya dia menghilang?

Menurut perkongsian beberapa keping gambar dari seorang forumer forum Cari yang bernama piao, Lando kini dikatakan kerap membuat kerja-kerja menurap jalanraya. Yang menjadi tanda tanya adakah Lando kini melakukan kerja itu secara sepenuh masa atau itu hanyalah satu kerja amal?

Memetik dari Utusan Online, ekoran tiada tindakan drastik daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) yang diketuai oleh Azlan Sani Zawawi (kanan) atau lebih dikenali dengan Lando Zawawi, telah mengeluarkan duit poket sendiri untuk melancarkan Ops Jangan Gebang, Tutup Lubang dengan menurap jalan yang berlubang di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Lando, selepas beberapa kali 'mengasak' PBT yang sepatutnya menurap jalan-jalan terbabit, namun tidak mendapat maklum balas yang berkesan, dia bersama rakan-rakan lain mengambil keputusan untuk menurap sendiri jalan-jalan berkenaan.

Pihaknya tidak akan berdiam diri dan sudah mengenal pasti beberapa jalan utama di Kuala Lumpur yang berlubang dan menjadi antara punca nahas penunggang motosikal, katanya lagi.

Rupanya aktiviti murni yang dilakukan oleh Lando dan rakan-rakannya telah dijalankan sejak 2008 tanpa menerima sebarang bentuk bantuan daripada sesiapa. MasyaAllah, semoga sikap prihatin dan usaha murni mereka sentiasa berterusan dan menjadi ikutan rakyat Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Walaupun Kurang Menyerlah Dalam Politik Tetapi Hebat Dalam Hiburan. KJ Tercalon Dalam Anugerah Meletop Era 2016

on Thursday, December 17, 2015



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tercalon sebagai calon awal kategori Bintang Online Meletop pada Anugerah Meletop Era 2016.

Khairy atau KJ yang mempunyai lebih dari setuja pengikut di laman Twitter akan bersaing dengan beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Nora Danish, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Fazura, Shahhezy Sam, Erra Fazira dan Neelofa.

Menurut Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Haris, walaupun KJ bukan dalam kalangan artis, beliau mempunyai pengaruh yang besar di laman sosial.

“Kita harus mengakui pengaruh Khairy di laman sosial cukup hebat.

"Beliau mempunyai ramai pengikut. Jadi itu antara alasan kukuh kenapa pihak kami mencalonkannya dalam kategori itu,” katanya

Undian fasa pertama bagi menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka untuk peminat bermula jam 8 malam hingga 12 tengah hari, 15 Januari depan.

Undian boleh dibuat di www.meletop.com.my, www.era.fm atau melalui aplikasi terbaru Astro Radio, Raku yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Luahan Sayu Hati Jamal Abdillah Isu Nabil Menjernihkan Keadaan Yang Tegang



Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur.

Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan. Bagaimanapun, oleh sebab ‘Jamal Abdillah’ ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata.

Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi.

Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak yang salah faham akan jelas dan tidak lagi buruk sangka terhadap Datuk Jamal Abdillah mahupun Nabil Ahmad. Biasalah kadangkala memang ada manusia yang bergurau dengan wajah yang serius.

Orang kata gurau kasar. Salah seorangnya daripadanya adalah Datuk Jamal Abdillah. Semoga tahun depan Datuk Jamal akan memeriahkan lagi Gegar Vaganza 3. Seronok juga mendengar komen daripada otai.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

"JIKA MAHUKAN SAYA, PERLU TERIMA ANAK SAYA JUGA" - SITI NORDIANA

on Tuesday, December 15, 2015



Biarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6.

Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi lebih baik.

"Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

"Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja," ujar Nana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.

"Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga," tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'SAYA TAK KISAH KALAU BENAR IA DITUJUKAN PADA SAYA' - DATO SERI VIDA



Malam Ahad lalu, Fizo Omar memuat naik tweet yang mencetuskan kritikan netizen di media sosial.

BACA: POTONG STIM TENGOK GEGAR VAGANZA - Fizo Omar

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida tidak melenting dan memberikan reaksi yang profesional.

"Pada malam Ahad lalu selepas berakhir konsert Gegar Vaganza 2, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.



"Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya.

"Nawaitu saya cuma satu, saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan," katanya.

Bagi Datuk Seri Vida, biarlah apa yang orang berkata tentang dirinya, dia tetap tampil sebagai dirinya yang sebenar. Hanya orang dalam bidang perniagaan akan faham strategi orang berniaga.

"Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa," katanya.

Bagi beliau, jika mahu berjaya, peniaga atau usahawan perlu sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Beliau amat bersyukur kerana produknya diterima orang ramai dan tagline "Qu puteh, qu puteh, barulah puteh' itu juga turut menjadi sebutan di bibir masyarakat.

"Alhamdulillah, mujur ada pamoga," katanya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tweet Potong Stim : Fizo Omar Minta Maaf

on Monday, December 14, 2015



Susulan Tweet "Potong Stimnya" baru-baru ini, pelakon, Fizo Omar membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya.

Namun, Fizo tetap menegaskan bahawa dia tidak mengaitkan tweet tersebut dengan mana-mana individu.

"Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya tweet saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa.

"Namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah diviralkan.

"Dengan rendah diri saya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini," tulis Fizo.

Semalam, Fizo mendapat kritikan hebat dari netizen apabila dia memuat naik satu tweet "Potong Stim" yang dikatakan mengkritik pegasas Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman yang juga penaja utama program tersebut.

"Potong stim la tengok #gegarvaganza ni.. Nak tengok otai-otai menyanyi bukannya...,"  tulisnya di laman Twitter miliknya.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'POTONG STIM TENGOK #GEGARVAGANZA' - FIZO OMAR



Tweet pelakon Fizo Omar semalam mencetuskan kritikan netizen yang dipercayai ditujukan kepada penaja Gegar Vaganza 2, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida.

"Potong stim la tengok #gegarvaganza ni... Nak tengok otai2 menyanyi bukannya..." tweet Fizo malam tadi.



Meskipun tidak dinyatakan penamanya di penghujung tweet, namun netizen dapat meneka bahawa tweet itu dituju kepada pemilik produk Qu Puteh.



"Dia (Fizo) pernah tak terfikir, berapa ramai yang meluat masa tengok rancangan dia melamar si Mawar dulu?" kata Rose de Maria.

"Aku rasa Datuk Vida itulah yang buat GV itu betul-betul bergegar. Next time kau suruh bini kau pula sponser. Ada berani ke tak berani?" kata Ummu Hani.

"Melayu memang tak boleh tengok orang lebih. Busuk hati tak habis. Sebab itu Melayu tak boleh bersatu. Dengki tengok Datuk Seri Vida lebih kaya dari hang. Bersyukurlah apa yang ada wahai Fizo oi. Dulu kau tu berniaga burger je kot. Nasib dapat bini kaya," kata Juliana Ibrahim.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ASTRO BAYAR SAYA BUKAN UNTUK JADI BAHAN LAWAK AWAK NABIL' - JAMAL




Belum reda lagi kritikan netizen terhadap tweet seorang pelakon lelaki terhadap Datuk Vida, kini netizen mempertikaikan pula kenyataan Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah yang diundang selaku juri kali kedua ke konsert akhir GV2 itu dianggap sebagai 'perosak' mood dan program berikutan kenyataannya yang tidak masuk akal, dakwa netizen.

"Malam ini, Astro bayar saya bukan untuk jadi bahan lawak awak tau," kata Jamal Abdillah kepada Nabil sebagai peringatan.

"Ala Tok, Astro pun cakap alang-alang dah bayar mahal tu, apa salahnya kenakan sikit-sikit," balas Nabil dalam nada gurauan.

Di akhir program itu, Nabil telah memohon maaf pada Jamal. Namun sekali lagi Jamal mengulangi ayat yang sama dan memperingatkan Nabil bahawa orang Malaysia kaya dengan budi bahasa.

"Kita ini orang Malaysia, kaya dengan budi bahasa. Budi bahasa budaya kita," katanya.

Susulan itu, netizen mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.

"Berlagak sangat kau kan Jamal? Cakap macam bagus. Kami sekeluarga tidak minat (pada) awak lagi selepas ini. Tengoklah contoh arwah Pak Yus (Jambu). Tak ada datuk apa pun tetapi orang kenang budi baik arwah di dunia dan tak sombong," kata Nur Raudhatul Raudha.

"Berlagak Jamal. Tiga kali ulang 'Astro bayar saya mahal²'. Tak sesuailah Jamal jadi juri. Sekali kena bahan balik dengan Datuk Vida 'Bayar mahal² tapi mic pun tak ada'. Datuk Vida memang terbaik," kata Kapten HK.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Mengezutkan! Nana Ada Niat Nak Belanjakan RM100k Ni Untuk....

on Sunday, December 13, 2015

Menepati ramalan peminat selain menyajikan persembahan yang cukup bertenaga dan memberangsangkan, penyanyi Siti Nordiana berjaya merangkul tempat pertama pada pertandingan Gegar Vaganza 2015 yang diadakan di sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.



Sebelum ini, melalui portal Astro Gempak, Siti Nordiana menyatakan hasratnya untuk menggunakan wang kemenangan untuk membantu ibu dan bapa serta untuk simpanan anaknya, Ryyan Nakhaei selain akan mengadakan majlis kesyukuran dan mengembangkan lagi peniagaannya kini.

Pentas final yang diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyaksikan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap program ini selain diserikan dengan hos penuh jenaka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Nabil Ahmad Rasa Bersalah Terhadap Salleh Yaakob & Raja Azura Harus Dibaca

on Thursday, December 3, 2015

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berasa bersalah terhadap pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mereka menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak berpuas hati dengan gimik penukaran pengacara pada Gegar Vaganza 2 minggu kelima lalu.

Nabil, 32, berkata, perkara tersebut hanyalah gimik yang diambil serius oleh penonton sehingga ada yang sanggup melontorkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada dua pengacara veteran itu.

“Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.

“Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2,” ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media siri animasi Didi & Friends, di Piching Centre, Platinum Sentral, di sini, Khamis.

Sementara itu, bercakap tentang gaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan terus dengan lawak-lawak kasar, Nabil berkata ia sudah diatur oleh pihak produksi.

Katanya, dia pernah meminta untuk tidak terlalu keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar dan tidak meriah.

“Ketika awal-awal kena kecam dengan orang ramai, saya juga tidak tahan dan minta untuk tone down sedikit pada minggu ketiga.

“Namun, selepas tamat rancangan itu, saya dapat maklum balas yang kebanyakkannya tidak suka dan mahu saya jadi diri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, lawak-lawak berkaitan hal rumah tangga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu.

Selain itu, tambah Nabil, usikannya terhadap penyanyi Farahdhiya juga hanyalah di atas pentas semata-mata.

“Kami ada sesi latihan dan apa yang saya nak cakap kepada peserta dan juri semua kami sudah tahu.

“Macam usikan-usikan saya terhadap Farahdhiya juga tidaklah sampai keluar. Saya sebanarnya jarang berborak pun dengan dia di belakang pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, Gegar Vaganza 2 juga antara program yang meletakkan namanya dalam dunia pengacaraan sebaris pengacara popular.

Dia juga berbangga menjadi salah seorang yang penyumbang kepada fenomena program tersebut setiap minggu.

Gegar Vaganza musim kedua kini memasuki minggu ke 7 dan bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. SITI NURHALIZA KEGUGURAN

on Tuesday, December 1, 2015



Hari ini, peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, dikejutkan dengan berita beliau keguguran pada 1 Disember semalam.

Berikut luahan hati beliau yang dimuat naik  di laman Instagram:

"Bismillahirahmannirohhim. Tanggal 1hb Disember, rasanya sudah sampai waktu dan ketika yang sesuai untuk Siti kongsikan dengan peminat dan followers tersayang.  Mula-mula Siti ingin sangat berkongsi cerita indah, namun Siti percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA. Ini semua meningkatkan lagi keimanan Siti kepada Pencipta Siti.

"Memang tidak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga. Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan 'fragile' untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai.

"Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti. InshaAllah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya.

"Terima kasih suami, keluarga dan sahabat yang memberikan kata semangat dan peminat yang sentiasa mendoakan Siti. Siti yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT. Selepas habis proses berpantang ini, Siti akan menjalani kegiatan seperti biasa. Kena masuk Gym balik dan beberapa acara di Jakarta (plan asal shooting di Kuala Lumpur sebab pregnant).

"Buat sahabat-sahabat iaitu peminat dan followers saya, teruskan doa yang baik-baik ye. Mana tahu dalam berjuta ada yang makbul doanya. Siti pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yang anda inginkan. Sekian catatan panjang lebar dari saya dan semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Siti untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima kasih Allah. Wassalam," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

RIBUAN LELAKI MALAYSIA MENANGIS SAYU BILA MARIA FARIDA AKHIRI ZAMAN JANDA DENGAN DATUK

on Thursday, November 26, 2015



Beberapa hari yang lalu, gosip pelakon Maria Farida akan berkahwin dengan seorang lelaki berpangkat 'Datuk' tersebar di laman sosial.

Lapor Beautifull Nara, Maria Farida telah sah bergelar isteri kepada Datuk Rahman yang merupakan bekas suami kepada Karen Rahman, pengasas KR Beauty Care, tengah hari tadi.

Majlis Pernikahan itu juga itu juga dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Tiara Jacquelina, Ferhad, Fasha Sandha, dan beberapa lagi rakan artis yang lain.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'TAK SUKA IKLAN MARIA FARIDA TERTONGGEK-TONGGEK!' - NETIZEN

on Wednesday, November 25, 2015



"Jaga baik-baik," itulah pesanan dari Maria Farida dan Eyka Farhana dalam iklan produk kosmetik yang menaja drama 'Akulah Balqis'.

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa geli dan meluat melihat iklan tersebut yang dianggap tidak kena dan tidak sesuai dipertontonkan kerana berunsur menghairahkan.

"Gediklah iklan ini. Tak malu ke atau hilang malu kerana duit? Dah macam iklan lucah, sumpah geli nak tengok!," kata netizen.

"Tahulah body cantik ke apa, tak payahlah tertonggek-tonggek. Meluat tengok, nak tengok drama pun dah terganggu mood. Mohon TV3 jangan tayangkan lagi!" kata mereka.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Gambar Perut Siti Yang Sedang Hamil Tersebar Terjawap Sipi Sipi

on Tuesday, November 24, 2015



Tersebar di kalangan netizen melalui media-media sosial adalah gambar perut penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang didakwa kini sedang hamil.

Dikatakan gambar itu merupakan gambar terbaru Siti ketika mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) baru-baru ini.

Berita kehamilan Siti mula tersebar apabila anak tirinya, Asyraf Khalid dikatakan berkongsi hal itu.

Malah penyanyi Hetti Koes Endang juga dikatakan memegang perut Siti ketika penyanyi itu mahu menari semasa konsert Satu Suara Volume 2, di Istana Budaya minggu lalu.

Dipercayai usia kandungan Siti kini memasuki enam minggu.

Sehingga kini Siti tidak memberikan sebarang pengesahan, namun beliau mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

on Sunday, October 25, 2015



ALAMAK.. makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.



Btul ke xdpt surat? Ke xreti baca? Mmg sy perjuangkn maruah..tp nama pon ARTIS..mesti la reporter cari..bukan mcm ko,pergi cari reporter nak bgtau cite! So dah reporter tanya 'dia dah byr blum?' Xkan sy nak jwb 'dah' walau pon blum..sy bukan kaki klentong mcm ko..kt mahkamah pon ko ckp menipu! Sehelai spenda aku pon ko xpernah beli or sebiji gula hacks pon ko xpernah beli tp kt mahkamh ko ckp smua baju n alat mekap aku ko beli.ko nsk tau kenapa ko kalah n kenapa ALLAH xtolong ko?? Sbb hidup ko asyik menipu n aniaya org! Aku dr mula kwn dgn ko n kawen dgn ko aku xpernah ambik or guna duit ko! Ko masuk umah pon ko just cuci kaki bwk baju ko je! So aku xhadap duit ko tu tp DAH REPORTER TANYA AKU,AKU JUST CKP BENDA YG BTUL! Ko xpyh nk gelabah sgt! Xpyh belagak sgt laa bila dah ada duit..duit buat ko jadi buta hati! Ingt asal usul..ALLAH bg ko senang ada sbb..lain kali dtg dpn muka aku ckp.xpyh berani guna ig.aku tau ko tu buta IT.blog pon ko xreti bukak.watsap ko yg kena block tu pon ko bgtau aku 'mcm mana sy nk bukak balik' ☺️ so?? Aku rasa ko pon ingt lagi kan sapa yg byk sara sape dulu! Walau pon ko buat2 lupa tp ALLAH xlupa.masukkn smua kt ig nk cari publisiti murah..kang nnti aku kluarkn msg2 rahsia ko,baru ko nak diam kot..satgi ada plak ribut taufan melayang pinggan.guna otak sblm buat apa2..jgn guna kepala buku lali mcm main bola! #kiamatladuniaklaujemahtauscandal #biladptbinibodolakiponjadibodo #klaudptbinicerdikxkanbuatkerjabodo #dptbiniygbimbosenangnkklentong MEMALUKAN NAMA TMJ N JOHOR JE DPT ORG XCERDIK N SUKA BUAT MASALAH!! #duitbyktpklaubodoponxguna ko ni xabis2 nk kacau hidup aku kenapa?? Klau ko bahagia ko xkacau hidup aku kan! Jap g jemah buat acc fake laaa 😂😂😂 acc fake mmg laju masuk sbb jemah 24jam skodeng!
A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on

“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Cuba Anggap Rambut Tu Kemaluan Akak – Baca Respon Jasmin Hamid Bila Ditegur Netizen Begini

on Wednesday, October 7, 2015



Baru-baru ini kami menerima email daripada pembaca OHBULAN! yang berkongsi beberapa screenshot status terbaru Jasmin Hamid.

Mungkin dek kerana sering dihentam oleh netizen gara-gara penampilannya yang didakwa agak seksi, Jasmin Hamid memuatnaik beberapa status bagi menjawab balik komen orang ramai.

Itu dia, agak pedas jugak lah!


Cuba anggap rambut tu kemaluan – netizen



Jelas Jasmin Hamid, selama ini dirinya dia berdiam namun itulah tiket untuk orang ramai untuk berkata apa sahaja tentang dirinya.

Dirinya juga meminta peminat untuk doakan yang terbaik, berhati-hati dalam memberi teguran bagi menjaga hati dan perasaan orang lain.

Janganlah kita menghukum menggunakan Islam – Jasmin Hamid



Bukan itu sahaja, rupanya sudah beberapa kali Jasmin Hamid memuatnaik status sebegini dan nampaknya ia masih lagi berlarutan.

Ini yang saya katakan… orang MELAYU, bangsa saya sendiri yang sudah kurang adab sopan dan budi bahasa.. alhamdulillah dah ramai sahabat -sahabat saya yang sudah menutup aurat dan saya percaya, mereka buat kerana Allah dan kehendak diri sendiri. Apa pun yang saya buat baik, hanya kerana Allah tanpa minta balasan atau pujian kerana perkara yang saya paling takut bila sesuatu perkara baik yang kita lakukan akan jatuh riak dan takbur jika kita tersalah langkah..biarlah apapun yang kita lakukan itu hanya kerana Allah dan bukan kerana ingin menurut kehendak orang keliling dan trend. Saya ramai kenalan yang tergolong dari orang yang tinggi ilmu pengetahuan dalam ISLAM tetapi tidak seorang pun yang menjatuhkan hukuman dan pandang serong di atas setiap kejadian dan keadaan sekeliling malah akan bertutur dalam bahasa yang amat lembut tanpa mengaibkan atau buat kita boleh terasa hati sehingga membuatkan kita berfikir sejenak bila DI MINTA nasihat. Saya pernah di tanya oleh sahabat yang bukan MUSLIM dan dia berkata ,kenapa ORANG ISLAM suka menghukum? Jawab saya, itu bukan ISLAM, itu MELAYU.. kerana ISLAM adalah INDAH DAN SENANG. .jadi janganlah kita menghukum dengan menggunakan ISLAM jika kita sendiri tidak tahu makna dan cara yang betul untuk berdakwah..
Apa pulak hukumnya pada mereka yang mengeluarkan kata – kata tersebut sehingga saya telah terasa hati kerana di aibkan? ?

Apa-apa pun harap Jasmin Hamid sabar lah ye, peminat tegur sebab mereka sayangkan artis kegemaran mereka kot.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. AIDIL DIPERINTAH BAYAR RM30,000 KEPADA RITA RUDAINI

on Monday, October 5, 2015



SHAH ALAM - Permain pertahanan JDT, Aidil Zafuan diperintah membayar RM30,000 dari jumlah tuntutan sebenar RM300,000 sebagai mutaah kepada bekas isterinya, Rita Rudaini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mawardi Che Man, setelah berpuas hati plaintif layak membuat tuntutan berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan, Aidil Zafuan dan keadaan serta keperluan Rita Rudaini, lapor Sinar Harian.

"Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca dari keaiban isteri. Sehingga diceraikan melalui khidmat pesan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat, namun ia ditarik semula," katany

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved