Dalam sidang akhbar pertama Pakatan Rakyat Rembau, calon PKR Parlimen Rembau, Hj Radzali Ghani telah mengatakan komitmen kerjasama erat antara PKR dan PAS di Rembau untuk mempastikan kemenangan calon-calon yang bertanding di DUN Paroi, Rantau, Chembong, Kota serta Parlimen Rembau.
Hj Radzali juga memberitahu wartawan bahawa Rembau adalah merupakan tempat paling bersejarah di Negeri Sembilan serta Adat Perpatih telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat di negeri ini. Justeru itu Pakatan Rakyat menurut beliau amat komited untuk mempastikan agar institusi adat di negeri ini diperkasakan untuk memberi pembelaan yang keadilan kepada anak-anak buah adat.
Dalam pada itu Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang merupakan calon PAS DUN Paroi dan juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau memberitahu jentera PAS akan bekerjsama lebih erat dengan jentera PKR berbanding semasa PRU 12 tahun 2008 untuk mempastikan kejayaan semua calon PAS dan PKR yang bertanding di sini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment