ONEXOX
BannerFans.com

Razali Bin Husain (Calon Pengundi Hantu PRU13) Layak Mengundi di DUN Kuala Nerang & Bukit Selambau. Tahniah! Terima Kasih SPR!

on Monday, April 22, 2013

Semua orang boleh bercakap yang “dia” akan buat lebih baik daripada yang sebelumnya. Semua orang boleh mengatakan yang “dia” telah membuat kerja dan menjalankan tugas yang terbaik untuk rakyat. Semua orang boleh mengatakan yang si “dia” adalah bebas, rasuah, kronisme dan nepotisme.

Dan semua orang boleh juga mengatakan dan memberikan jaminan daftar pemilih SPR adalah bersih. Di mana kebenarannya?



Tetapi yang menjadi masalah rakyat Malaysia tidak mudah menerima maklumat dan fakta yang diberikan bulat-bulat di maklumat maklumat dan informasi di hujung jari, sebaliknya rakyat Malaysia bertindak untuk mempastikan kesahihan dengan fakta yang diberikan. Hasilnya…..

Calon Pengundi Hantu PRU13?

Semakan kami di semakan daftar pemilih SPR pada pagi tadi, masih baru lagi paparan yang Berita Semasa kongsikan bersama anda di sini sehingga kami tertanya-tanya adakah SPR benar-benar serius mahu mengendalikan PRU13 kali ini?

Adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum 2013 (PRU13) yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik negara semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957?




Nombor Kad pengenalan lama sama
Nama sama
Tarikh Lahir juga sama
Hanya tempat undi berbeza

Ini apa maksudnya SPR? Orang Kedah yang ini. Jikalau dilihat daripada sudut lokasi, jarak antara kedua-dua lokasi yang bakal diundi oleh individu yang bernama Razali Bin Yasin iaitu dari Bukit Selambau nak ke Kuala Nerang hanya mengambil masa 45 minit sahaja.

Jadi Berita Semasa ingin mengambil kesempatan ini, supaya semua orang mengambil perhatian dalam isu ini supaya semasa di hari mengundi PRU13 kelak bukannya sahaja petugas di DUN Kuala Nerang & Bukit Selambau tetapi di seluruh tempat mengundi di Malaysia berhati-hati dan sentiasa berwaspada supaya wakil rakyat dipilih adalah secara bermaruah bukannya dengan cara penipuan.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved