ONEXOX
BannerFans.com

Penduduk Maran Kesal Ceramah Ustaz Azhar Dibatalkan

on Thursday, April 25, 2013



Rata-rata penduduk daerah ini khususnya golongan muda melahirkan kekesalan mereka apabila program ceramah agama oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung di Masjid As-Syakirin Maran dibatalkan.

Difahamkan, pembatalan program tersebut gara-gara campur tangan pihak tertentu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial facebook ‘Kami peminat Ustaz Azhar Idrus’, program tersebut dipindahkan lokasinya ke padang awam Taman Mahkota Jengka apabila ada ‘tangan ghaib‘ sedaya upaya menghalang penganjurannya.



Seorang belia, Haikal Izrall Mohammad, 27, berkata, dakwaan ‘tangan ghaib’ dimaksudkan itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan parti politik yang mendakwa Ustaz Azhar Idrus mahu menyampaikan ceramah politik walaupun sudah mendapat jaminan Pejabat Agama Islam Daerah Maran.

Menurutnya, umum sedia maklum bahawa ceramah disampaikan penceramah terkenal itu tiada kaitan dengan politik.

“Sudah lama kami di sini menunggu kehadiran Ustaz Azhar Idrus untuk menyampaikan ceramah agama tetapi lain pula jadinya.
“Sebelum ini kami hanya melihat Ustaz Azhar Idrus di ‘you tube’ dan melalui CD yang dibeli di pasar malam. Inilah peluang untuk kami bersua muka.

“Di kawasan lain orang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendengar ceramah yang disampaikan Ustaz Azhar,” katanya.

Sinar Harian difahamkan program ceramah itu dipindahkan ke Masjid Bandar Tun Abdul Razak Jengka pada saat akhir setelah padang awam Teman Jengka Mahkota ditakungi air akibat hujan lebat.

Sementara itu, calon Bebas Dun Luit, Khairul Nizam Abdul Majid turut menyatakan kekesalan terhadap insiden tersebut.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved