ONEXOX
BannerFans.com

Saingan 5 Penjuru Di Parlimen Seremban

on Saturday, April 20, 2013


SEREMBAN – Kerusi Parlimen Seremban menyaksikan pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membabitkan calon dari Barisan Nasional (BN), DAP, Berjasa dan dua calon bebas.

Calon BN iaitu Datuk Yeow Cha Thiam bakal ditentang hebat calon DAP Loke Siew Fook, selain calon Berjasa Abdul Halim Abdullah dan dua calon bebas iaitu John Fernandez dan Bujang Abu.

Fernandez yang merupakan penyandang kerusi tersebut selepas menang sebagai calon DAP pada PRU lalu, mengumumkan keluar parti baru-baru ini dan berhasrat mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon bebas.



Kerusi Parlimen Rembau pula, menyaksikan saingan tiga penjuru apabila penyandangnya dari BN, Khairy Jamaludin ditentang calon dari PKR Radzali A.Ghani, dan seorang calon Bebas, Abdul Aziz Hasan.

Pada PRU 2008 lalu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menewaskan calon PKR Badrul Hisham Shaharin dengan majoriti undi 5,746.

Satu lagi kerusi tumpuan di negeri ini ialah kerusi Parlimen Jempol yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN iaitu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad dengan calon PAS iaitu penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin.

Sementara itu, di kerusi DUN Rantau, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan akan ditentang calon PKR, Aisah Lamsah dalam saingan satu lawan satu.

Proses penamaan calon bagi PRU13 menyaksikan seramai 103 calon akan berentap untuk merebut 44 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Seramai 21 calon akan bertanding untuk dinamakan sebagai Anggota Parlimen di lapan kerusi Parlimen sementara 82 calon pula akan merebut status Anggota DUN (ADUN) di 36 kawasan DUN.

Penamaan calon kali ini juga menyaksikan seramai 14 calon bebas mengambil bahagian dengan empat dari mereka bertanding di kerusi Parlimen.

Sementara itu jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya negeri berkata semua proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Sumber






























































PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved