ONEXOX
BannerFans.com

Tok Mun paling awal

on Saturday, April 20, 2013


Kuala Terengganu: Calon Bebas, Maimun Yusof, 94, yang juga calon tertua di negeri ini adalah yang terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu di pekarangan Stadium Negeri, di sini, semalam.

Maimun atau lebih mesra dipanggil Tok Mun diiringi pencadangnya, Nur Haslina Mustaffa, 31, dan penyokongnya, Timah Salleh, 51, tiba kira-kira jam 7 pagi sebelum masuk ke pusat penamaan pada jam 8.50 pagi.



Tok Mun yang pernah bertanding pada PRU-12 dan mengejutkan ramai pihak kerana bertanding di Parlimen Kuala Terengganu itu tampil dengan bersemangat. Beliau memilih simbol kunci sebagai lambang Bebas diwakilinya.

“Tok memilih kunci dengan harapan ia akan membuka pintu hati semua pengundi di Parlimen ini supaya memilih Tok dan jika menang Tok akan mempertahankan bukit bukau di kawasan Parlimen ini daripada terus dimusnahkan pelbagai pihak bagi tujuan keuntungan.

“Tok juga akan mengkritik tindakan tidak betul pemerintah yang dipilih pada persidangan Parlimen nanti itupun jika Tok diberi peluang pada PRU kali ini,” katanya yang akan berkempen seorang diri sepanjang PRU-13.

Pada PRU-12, Tok Mun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) Allahyarham Datuk Razali Ismail yang memperoleh 32,562 undi berbanding 685 undi diperolehnya manakala Mohamad Sabu dari PAS mendapat 31,934 undi.

Selain Tok Mun, empat lagi calon Bebas bertanding merebut dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di Terengganu sekali gus menyaksikan penampilan calon Bebas terbanyak dalam sejarah PRU di negeri ini.

Seorang guru yang juga bekas ahli PKR, Mazlan Harun bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Dungun dan DUN Rantau Abang, kapten kapal Mohd Nuhairi Muhammad (DUN Ajil), bekas ahli Parlimen Setiu Mohd Yusop Majid (DUN Permaisuri) dan Pembantu Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu Ja’afar Jambol (DUN Alor Limbat).

Sumber


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved