ONEXOX
BannerFans.com

14 Hari Selepas Pakatan Rakyat Perintah Putrajaya PRU13, Caj Astro Akan Turun!

on Wednesday, May 1, 2013


Nak turun cukai kereta secara berperingkat 20% setahun, turun harga minyak RM1.50 sahaja, pendidikan percuma, gaji Minimum dinaikan RM1100, hapus kan tol berperingkat , gaji bawah 40,000 Setahun tidak dikenakan cukai dan lain-lain lagilah yang boleh anda semak (DI SINI) yang terbaru Pakatan Rakyat melalui ceramah Anwar Ibrahim dikesan mengeluarkan satu lagi janji untuk turunkan caj Astro.



Fuuuhhhh ….macam duduk dalam syoo…rga dunia…Mekanisme apa yang ingin dibentangkan dan digunakan oleh Anwar Ibrahim?

“Dalam dua minggu kita ambil alih Putrajaya, kita akan panggil Ananda Krishnan, minta dia turunkan harga. Bukan kita tak bagi dia untung, tapi minta supaya dia beri rakyat untung sama,” kata bekas Menteri Kewangan itu disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau berucap pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Tasek Tambahan, Ampang

Sumber : Keadilan Daily

Dasyat, boleh main suruh suruh sahaja? Banyaknya janji Pakatan Rakyat.

Sebenarnya Astro ini sebenarnya bukan benda keperluan rakyat. Persoalannya sekarang ini, jikalau isu yang dijanjikan itu memang dalam penguasaan kerajaan Malaysia, tidak mengapalah jika mahu turunkan harga serta-merta termasuklah cukai kereta, harga minyak. Masuk akallah juga. Tetapi ini perihal perniagaan orang. Adakah boleh paksa-paksa kalangan orang perniagaan untuk turunkan harga sesuka hati?


  • Bagi pendapat kami ia sesuatu yang tidak paraktikal untuk jangka masa panjang
  • Turun sekejap selepas itu kenakan caj-caj lain pula buat apa?
  • Selepas itu, kitar semua rancangan yang sudah disiarkan berulang kali
  • Menyiarkan program-program sampai untuk pelanggan
  • Hasilnya?


Bagi kami, ahli politik sekarang, ada baiknya tak payah nak cakap perkara-perkara macam ini. Cuba suarakan isu lain, tingkatkan pelaburan, peluang kerja dan semakan kadar faedah pinjaman di Malaysia yang menjunjung tinggi ketika ini dan lain-lain yang cukup diperlukan rakyat Malaysia ketika ini.

“Dahulukan yang mana paling penting terlebih dahulu”

Berita Semasa kurang setuju jikalau kerajaan masuk campur urusan niaga swasta. Biarlah mereka dengan cara mereka, lagipun Astro ini bukan satu kemestian untuk dimiliki rakyat Malaysia, siapa tidak mampu tidak perlu langgan.

“Berbanding suruh Ananda Krishnan turunkan caj Astro, lebih elok benarkan seluruh rakyat Malaysia memiliki parabola sendiri sepertiman dihalang selama ini (DI SINI)”

Nah….dengan cara itu sahaja kita boleh sendiri berapa lama Astro Malaysia boleh bertahan dengan cara perniagaan yang mereka jalankan sekarang.


  • Salah satu caranya secara halus untuk Astro turunkan harganya ialah liberalkan EPL seperti di Indonesia dan Thailand.
  • Jadi sesiapa pun macam Media Prima, Unifi boleh beli rights untuk EPL.
  • Dengan cara ini dapat menghapuskan cara bidaan yang cukup tak munasabah seperti Astro sehingga RM800 juta yang akhirnya kos ini terpaksa pelanggan Astro tanggung walaupun yang tidak langgan pakej Sports
  • Sekali lagi ia berkisar dengan monopoli, monopoli, monopoli
  • Inilah antara cara paling mudah untuk menjalankan “skim cepat kaya” kalangan taikun-taikun di Malaysia


Apa yang kami faham. Mudah sahaja. Dalam perniagaan mesti, mesti dan mesti ada persaingan sihat. Satu-satu bisnes tidak boleh dikuasai satu pihak berkepentingan sahaja sepertimana yang Pakatan Rakyat telah rancang daripada awal untuk pecahkan monopoli perniagaan yang dikuasai 5-6 taikun-taikun di Malaysia selama berpuluh tahun.



Walaubagaimanapun sayang sama sekali, dasar anti monopoli pun sehingga sekarang masih lagi tidak mampu dilakukan terhadap kalangan taikun-taikun Malaysia ini. Entah di mana susahnya dan silapnya?

Apabila sebut anti monopoli teringat kami dengan satu dokumenari yang cukup bagus bertajuk “The Men Who Built America”




Kisah mengenai Vanderbilt, Carnegie, JP Morgan. Ini kerana mereka-mereka ini yang memonopoli ekonomi US ketika itu sehingga menyokong apa sahaja bentuk kempen untuk Presiden Amerika 1986. Antara biaya paling mahal dalam sejarah Amerika sehingga sekarang asalkan pemimpin yang dipilih menyokong terus usaha memonopoli apa sahaja bentuk perniagaan mereka di di US.



Sumber : The Edge Malaysia

Walaubagaimanapun berdasarkan semakan kami pada laporan Berita The Edge Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan memiliki 43% ekuiti dalam Astro dan gabungan bersama Khazanah Nasional Berhad membawa kepada majoriti pegangan Astro kepada 70.8%.

Khazanah milik siapa? Tidak perlu usaha turun harga, tetapi sekurang-kurangnya di sudut yang lain kerajaan harus memandang serius segala rungutan pelanggan Astro ketika ini? Realitinya? Apa ulasan dan lontaran pendapat anda pula?

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved