ONEXOX
BannerFans.com

Kenyataan Penuh Air Asia Berhubung Kes Penumpang AK1455

on Sunday, May 19, 2013


Merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial mengenai tetamu yang dinafikan menaiki penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013, kami ingin menjelaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.

Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.

Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor.



AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari Doktor bertauliah.





Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara.

Kami menasihatkan penumpang dengan apa-apa penyakit berjangkit seperti cacar air, rubella, demam campak atau beguk untuk melayari laman web untuk informasi sama ada anda boleh menaiki pesawat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 13 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

terbang kan blk PERCUMA, perbelanjaan ANAK & IBU tu yg kena stay sana sapa nk bg percuma???? AIRASIA jgk ke??? sengal, takut sebab budak tu deman?? naik flight terhempas tak takut plak...


May 20, 2013 at 12:36 AM
Anonymous said...

Kalau kau jadi org lain dlm flight tu, nampak budak yg mcm chicken pox, kau risau tak?
Kebetulan kau pun terbang dgn anak kecik.
Andaikata lah, AirAsia percaya bulat2 jaminan lisan "anak saya sihat", kau tak marah? Taknak tanya "eh, takdo tulih apo2 ateh korteh ko budak tu sehat?"

Isu terhempas atau tidak itu isu lain.


May 20, 2013 at 12:42 AM
NurinaZZ Enterprise said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Masa pergi bagi pulak......apa la double standard. Chicken pox ni bukan jenis 1 hari.....kalau dr malaysia dia dah tahan takder masalah. N kata dah kering....mana berjangkit dah masa tu. Chicken pox berkangkit awal2 bukan hujung2. Still salah air asia kerana bagibterbang ke vietnam dr malaysia


May 20, 2013 at 12:48 AM
Anonymous said...

Kesalahan membenarkan mereka terbang keluar tak bermaksud AirAsia mesti membenarkan mereka terbang balik.

Kalau nak ikutkan, AirAsia memang salah bagi mereka terbang keluar sebab tak tgk rekod bertulis mengatakan penumpang itu sihat. Itu saja.

Dua kesalahan tak menjadikan sesuatu itu betul


May 20, 2013 at 1:11 AM
Anonymous said...

What ever it is isu keselamatan n kesihatan priority di sini.mmg tak dinafikan jika kita ditmpt family yg ditimpa mslh ni sgt sedih.tp bagaimana jika tuan puan yg ada anak kecil skali flt dgn mereka atau jika tuan puan sdri yg masih blom pernah kena chcknpox,bagaimana.krn sy sdri pernah kena chknpox begitu juga anak sy.dua pngalaman yg sgt bbeza tp mnyakitkan :( http://mswatieosman.blogspot.com


May 20, 2013 at 2:18 AM
Anonymous said...

sya baru balik dari Melbourne Australia bercuti dgn keluarga .....memang kami x puas hati dgn AA...........staff dia banyak cerewet...........terutama di airport Melbourne......muka masam mcm dtg bulan..........sial............


May 20, 2013 at 2:23 AM
Samporeanz said...

tak bagi terbang tak pa.tp klu ada tanggungjawab sosial dan sedikit ihsan,tajalah penginapan mereka untuk smlm dua,tak luak pun kekayaan AA tu.


May 20, 2013 at 2:29 AM
Anonymous said...

pengajaran:
1. kalo xberape sihat, batalkan jer penerbangan. jgn sebab syg duit sebab dah book nanti timbulkan masalah lain yg lbh rumit.
2. kalo pergi melancong, jgn berjoli sakan sampai duit ngam2 jer tinggal utk tepon abg amik kt airport.
3. air asia memang hampeh. konon murah. habis sume dia cas ikut cara tersembunyi. bila dah murah mcm tu la layanan dorang bagi.
4. tahniah kepda warga flight yg bnyk tolong akak tu.
5. jgn panik bila kene tinggal.. rilek
6. melancong jer la dlm negara.


May 20, 2013 at 2:53 AM
Anonymous said...

siapa yg cakap izan sakai,,,dialah yg barua...kuang ajak kau ,,minta sakaai kenakan cenuai kepada kau,,,,sakai pun kau tak boleh hina,,sakai pun manusia dan rakyat Malaysia,,,bukan macam kau nama pun emmmm,,,yak aku nak muntah,,ambek kau bangsat.


May 20, 2013 at 3:04 AM
Anonymous said...

sape soh g ngn air asia.dh nk yg murah kan???ade la kekurangannya.cuba naek MAS ke....SQ ke....lain lah citer.


May 20, 2013 at 7:12 AM
Anonymous said...

AA memang bongok...bg alasan bongok..sama bongok cam Pengurusan atasan dia. Apasal MAS boleh je terbangkan kakak ni ngan anak dia? Sebab AA memang bongok...


May 20, 2013 at 6:20 PM
Unknown said...

Bodohnye sakai yg sakai kn org tu..ko xpayah la nak bekap airline PARIA tu sakai..aku 15 tahun keje airport ni aku tau AA ni mmg service mcm haprak!!klau aku nak cite keburukn AA ni nnti mcm2 bleh tp aku xnak aib kn je periuk nasi org..**** AA!!


May 22, 2013 at 8:36 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved