ONEXOX
BannerFans.com

Kes Pelakon Wan Nor Azlin Disaman Bapa Sendiri, Mahkamah Tolak Permohonannya

on Friday, May 31, 2013

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pelakon Wan Nor Azlin untuk mengenepikan writ saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepancarian dengan arwah ibunya.

Berdasarkan afidavit difailkan Wan Mohd Husain, 76, dia mendakwa tinggal di rumah itu bersama isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2008.

Selepas isterinya meninggal dunia, Wan Mohd Husain mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil.



Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Husain mahu menjual rumah itu dan meminta anaknya mengosongkan rumah bagi memudahkan proses itu.

Bagaimanapun Wan Mohd Husain berkata, Wan Nor Azlin gagal berbuat demikian dan mendakwa dia mempunyai kepentingan dalam rumah itu kerana ada memasang kabinet dapur dan almari.





Wan Mohd Husain mendakwa selain membuat gangguan terhadap proses jual beli rumah itu, Wan Nor Azlin juga mendapatkan kaveat persendirian terhadap rumah itu.

Tindakan itu menyebabkan Wan Mohd Husain trauma dan terpaksa menyewa rumah.

Oleh itu, Wan Mohd Husain memohon perintah bagi mendapat hak milikan rumah itu, kaveat tanah yang dibuat Wan Nor Azlin dibatalkan, ganti rugi dan kos lain.

Sementara itu, pada 21 Mac lalu, Wan Nor Azlin memohon untuk mendapatkan deklarasi bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan perihal rumah itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Zaa sara Azhari..jgn cakp cam tuh...kesian kat dia..anda tak kene lg dugaan yg tuhan berikan tuh.....dia dh insaf dh tuh...bglah dia peluang untuk terus kan kehidupan...terutama sekali anak2 dia....kesian sgt kat anak2 dia yg masih kecik tuh...


June 2, 2013 at 8:43 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved