ONEXOX
BannerFans.com

Punca Sebenar Kemalangan Ngeri Di MRR2 19 Mei 2013

on Sunday, May 19, 2013


Punca sebenar kemalangan ngeri di Lebuhraya MRR2 pada 19 Mei 2013. Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk pada petang tadi. 4 kematian sah dilaporkan dan melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal. 4 orang maut itu adalah penumpang dari kereta perodua Viva. Kemalangan berpunca akibat kereta Proton Satria mengalami kegagalan brek dan menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Foto Kemalangan MRR2 19 Mei 2013








Petikan Akhbar Kemalangan Ngeri di Lebuhraya MRR2 19 Mei 2013

Polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain. Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang.

Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya. Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang

Video Rakaman Kemalangan di MRR2 19 Mei 2013




Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved