ONEXOX
BannerFans.com

Tanah runtuh: Penduduk tak boleh keluar mengundi

on Saturday, May 4, 2013


JOHOL – “Kalau tiada jambatan sementara, saya tidak akan keluar mengundi pada 5 Mei ini," kata seorang penduduk Kampung Changgang Seberang Jelai, Inas, Abdul Aziz Arta, 55.

Abdul Aziz berkata demikian selepas tanah di kawasan jambatan sedia ada runtuh sejak tiga minggu lalu akibat hujan lebat.

Menurutnya, pada awalnya kejadian tanah runtuh itu hanya sejauh enam meter tetapi apabila hujan lebat baru-baru ini, ia runtuh sekali ganda menjadikan jarak antara jalan dengan jambatan 12 meter.

“Jambatan masih berada di kedudukan asal, tetapi bila tanah tebing runtuh ia memberi impak kepada struktur jambatan.



“Lama-kelamaan, jambatan sudah senget tambahan ada pokok berhampiran tumbang menghempap jambatan," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama, calon Pas Dun Johol, Nor Azman Mohammad.





Abdul Aziz berkata, kini penduduk di situ tidak boleh menggunakan jambatan berkenaan dan jika mahu keluar mereka terpaksa menyeberangi sungai walaupun paras airnya dalam.

"Sebelum ini, kami pernah membina jambatan buluh, namun ia tidak bertahan lama," katanya.

Katanya, selain untuk keluar masuk, jambatan itu juga menjadi laluan utama penoreh getah.

“Setiap hari, tidak kurang 10 penoreh getah akan menggunakan jalan ini untuk ke kebun mereka. Bila insiden ini berlaku, mereka tidak dapat pergi menoreh kerana tiada jalan alternatif lain.

“Ia sangat memberi kesan kepada penoreh getah ekoran pekerjaan itu adalah sumber pendapatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Aidi Rosman, 48, yang memiliki tujuh anak pula berkata, dia terpaksa mengharungi sungai setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Anak saya semua mahu pergi ke sekolah, jadi hendak tak nak terpaksa mengharungi sungai pada waktu gelap. Kemudian apabila tiba di seberang jalan, mereka akan tukar pakaian.

“Rutin ini dilakukan setiap hari termasuk isteri saya yang menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Manap,” katanya.

Katanya, kejadian tanah runtuh itu juga menyebabkan bekalan air di kawasan rumahnya terputus.

“Sudah dua hari, tiada bekalan air. Bekalan elektrik masih ada meskipun tiangnya sudah tumbang ke dalam sungai.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat memandang serius masalah ini,” katanya.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved