Majlis yang berlangsung sederhana dan meriah itu turut dihadiri oleh isteri pertama UAI, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26, yang merupakan isteri kedua ustaz yang berasal dari Terengganu itu.
Malah semasa sesi makan beradab, kedua-dua mempelai telah diapit oleh kedua-dua madu Izyan untuk menikmati hidangan bersama-sama.
Nama UAI menjadi fenomena apabila beliau berjaya menarik minat generasi muda mendengar ceramah beliau yang berdakwah secara santai malah dirinya digelar sebagai ‘Ustaz Youtube’ berikutan banyak program ceramah dan soal jawab beliau dimuat naik ke laman tersebut.
Tahniah diucapkan buat UAI dan semoga ketiga-tiga isterinya mendapat layanan yang sama adil dan hidup harmoni bahagia sehingga ke akhir hayat.
Di bawah ini merupakan video akad nikah UAI bersama isteri ketiganya itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment