Namun apa yang ingin dikongsikan penulis ialah mengenai betapa terkejutnya reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakonnya iaitu Vin Diesel, Michelle Rodriquez, Gina Carano dan Luke Evans terhadap harga pasaran kereta yang terdapat di Singapura.
Wartawan yang menemuramah mereka meminta keempat-empat pelakon terkenal Hollywood itu untuk meneka harga kereta yang dinyatakan dan ternyata semua tekaan mereka itu tersasar jauh daripada harga sebenarnya.
Sebagai contoh, Diesel begitu terperanjat besar apabila diberitahu kereta jenis Toyota Prius di Singapura berharga sebanyak USD154,000 berbanding tekaannya iaitu USD50,000.
Malah Diesel sempat berjenaka dengan mengatakan jangan membeli kereta di Singapura jika anda mahu menjadi warganegara yang bijak.
Nyata, harga kereta di negara republik itu tersangat tinggi kerana kerajaannya mahu penduduk di sana kurang membeli kereta untuk mengelakkan masalah kesesakkan jalan raya dan trafik di negara tersebut.
Apa-apa pun layan dulu video aksi spontan pelakon-pelakon hebat ini!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment