Walaupun tewas 1-2 kepada skuad Tok Gajah, tetapi Johor DT mara atas kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2.
Pada aksi pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin minggu lalu, Johor DT menang 1-0 menerusi jaringan Leonel Nunez.
Pada aksi malam tadi, Johor DT dikejutkan dua jaringan awal Pahang menerusi Martias Conti sebelum Andre Francisco merapatkan jurang pada separuh masa kedua.
Jaringan Francisco itu telah membawa Johor DT melangkah ke final untuk membuat perhitungan dengan juara bertahan, Kelantan pada 29 Jun ini.
Kali terakhir skuad dari selatan tanah air itu menjulang Piala FA ialah pada tahun 1989.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment